Kelibat penyerang prolifik, Sony Norde terus menjadi tanda tanya buat para pemerhati bola sepak tempatan apabila pemain tersebut masih belum menandatangani sebarang kontrak bersama kelab baharu setelah sah meninggalkan Melaka United.
Walaupun ada perkhabaran mengenai pemain ini dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Malaysia, namun sehingga kini masih belum ada pengesahan Sony bersama mana-mana pasukan.
Melaka United FC dengan ini mengumumkan pemain sayap import Haiti, Sony Norde sah akan kekal bersama Skuad Hang Tuah buat musim ke-3 bagi saingan Liga Malaysia 2022.#SonyNorde#ContractRenewal#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/cXl6pAOMxF
— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) January 22, 2022
Salah satu pasukan yang dikaitkan bersama Sony ialah Selangor, namun kelab tersebut mengesahkan mereka tidak ada perancangan untuk membawa masuk pemain dari Haiti tersebut untuk jendela perpindahan kedua kali ini.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh pengendali Selangor iaitu Michael Feichtenbeiner apabila beliau menyatakan skuad ketika ini tidak akan mengalami sebarang perubahan sehingga penghujung musim.
Beliau ketika ini nyata gembira dengan prestasi dipamerkan oleh setiap pemain termasuk aksi kemenangan besar mereka dalam saingan Liga Super baru-baru ini ketika menewaskan Sarawak United dengan keputusan 7-0.
“Banyak pasukan bergelut untuk mendapat dana sepanjang tempoh COVID-19 tetapi saya gembira dengan kedudukan kewangan pasukan di mana mereka sentiasa membayar gaji tepat pada masanya.
“Jika pengurusan tiada perancangan untuk mengubah apa apa, kita akan kekal dengan percaturan kita dan saya percaya pada kemampuan pasukan saya.
“Mungkin perubahan untuk pasukan pembangunan tetapi buat masa ini, tiada (perubahan) untuk pasukan utama. Kita tiada bajet untuk seorang lagi pemain import. Sony adalah pemain yang bagus dan saya juga sukakannya.
“Tetapi, itu bukan perancangan kami ketika ini dan saya rasa kami juga tidak perlukannya,” kata jurulatih dari Jerman itu menerusi Berita Harian.
45 + 2' | GOL SONY NORDE!
@MelakaUnitedSA menambah jaringan kedua menerusi Sony Norde.#CIMBLigaSuper2020#SABMEL#MFLLive pic.twitter.com/cSYEXwVdkP
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 27, 2020
Selangor pada musim ini sudah menandatangani empat pemain import baharu untuk menguatkan pasukan iaitu dua pemain kelahiran Jordan, Yazan Al-Arab dan Baha’ Abdel Rahman.
Mereka juga berjaya mendapatkan dua penyerang baharu untuk mengukuhkan jentera serangan setelah ketiadaan Ifedayo Olusegun iaitu Herlison Caion dan Hyuri Henrique dari Brazil.
MOTM! Good day at the office for Herlison Caion! 🇧🇷
Good team effort from the team as well.
Powered by @MbiSelangor#MKLK #TerusBerjuang#KitaAdalahSatu #JatuhBangunBersama#FACup2022 pic.twitter.com/GfRfYlgGVk
— Selangor FC (@selangorfc) March 11, 2022
Pemain kebangsaan Singapura iaitu Safuwan Baharudin merupakan satu-satunya import musim lalu yang dikekalkan Selangor untuk mengemudi jentera tengah dan pertahanan.
Selain itu, Selangor 2 juga ada empat pemain import yang boleh digunakan bila-bila masa skuad utama untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan iaitu George Attram, Hein Htet Aung, Alex Agyarkwa, dan Richmond Tetteh.