“Kami Puas Hati Dengan Tiga Mata Ini” – Maloney Akui Laos Tak Beri Laluan Mudah Semalam

Kejayaan skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan peringkat kumpulan Sukan SEA ini pastinya memberi kegembiraan buat para penyokong negara setelah sebelum itu Malaysia dilihat sedikit ‘sendu’ dalam aksi Piala AFF B-23.

Terbaharu, Malaysia tidak berdepan laluan sukar ketika menewaskan Laos semalam dalam aksi yang berlangsung di Stadium Thien Truong dengan keputusan 3-1.

Dengan dua kemenangan terhasil setakat ini, skuad negara mempunyai peluang lebih cerah untuk melayakkan diri ke separuh akhir setelah berada di kedudukan pertama carta Kumpulan B bersama enam mata maksima dikumpul.

Brad Maloney selaku pengendali skuad tersebut antara yang gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya dan beliau akui para pemain berada keadaan positif untuk terus melakar kemenangan seterusnya pula berdepan Singapura dan Kemboja.

“Sudah tentu kami berpuas hati dengan tiga mata ini. Laos tidak memberi laluan mudah dan mereka memiliki beberapa pemain berkualiti tetapi ia baik untuk kami untuk melangkah setapak lagi ke hadapan dalam kejohanan ini dan kami berjaya mendapat keputusan yang diperlukan,” katanya menerusi Bernama.

Pada perlawanan semalam, nyata Malaysia lebih dominan berbanding lawan apabila menguasai bahagian tengah dengan sangat baik sambil layan hanya mempunyai seberapa peluang sahaja menerusi situasi serangan balas.

Dua gol Malaysia hadir menerusi penyerang muda KV Kortrijk iaitu Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-36 dan 67 serta satu gol hasil ledakan pemain lincah, Syahir Bashah pada minit ke-43.

Laos pula jelas gagal untuk mempamerkan aksi baik mereka seperti di saingan Piala AFF B-23 lalu apabila hanya memperoleh satu gol tunggal menerusi Visith Bounpaserth pada minit ke-85.

Dalam masa sama, Hans Michael Weiss selaku pengendali utama Laos melihat para pemainnya tidak bernasib baik setelah mengharungi jadual yang padat untuk menghadapi tiga perlawanan berbanding Malaysia.

“Kami kekurangan tenaga dan kebanyakannya adalah gol  mudah tetapi sememangnya Malaysia menguasai perlawanan tetapi kurang mencipta peluang bagaimanapun mereka berhak menang tanpa ragu, kalau boleh saya mahukan pasukan saya dalam keadaan segar kerana mereka sudah menghadapi tiga perlawanan.  

“Ia berbeza kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini dan saya tahu serba sedikit bagaimana menghadapinya tetapi kami tidak bertenaga hari ini, pemain terbaik saya nombor 17 yang bermain dengan cemerlang ketika menentang Kemboja tidak dapat diturunkan hari ini dan juga dua atau tiga lagi pemain yang tidak bersedia untuk beraksi selama 90 minit,” katanya.

Pada perlawanan seterusnya, Malaysia bakal berhadapan Singapura hari Sabtu ini serta Kemboja pada 16 Mei dalam misi anak buah Maloney untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN