Celtic Undang Artis ‘Pioneer’ JDT, Snoop Dogg Rai Kejuaraan Liga Scotland

Artis rap terkenal dunia, Snoop Dogg sememangnya bukan watak yang asing di dalam bola sepak, dan gemar memakai jersi kelab-kelab utama dunia.

Buktinya, Snoop Dogg pernah dilihat memakai jersi-jersi kelab ternama dunia seperti Manchester United, Barcelona, Liverpool, Arsenal, Ajax, AC Milan dan banyak lagi.

Terbaru, Snoop Dogg turut tampil sebagai artis jemputan untuk lagu rasmi juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut, JDT, Pioneer.

Bergandingan dengan artis tempatan, Joe Flizzow, Pionner yang dicipta SonaOne adalah hasil kerjasama strategik Universal Music South East Asia (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA.

Celtic jemput Snoop Dogg

Terbaru, kelab Liga Scotland, Celtic turut menjemput Snoop Dogg untuk terbang ke Glasgow untuk meraikan kejayaan kelab itu meraih kejuaraan ke-52 Liga Scotland.

Sejurus selepas mengesahkan kejuaraan, Celtic memuat naik satu ciapan di Twitter memaparkan artis terkenal itu beserta mesej: “Tempah tiket penerbangan, Snoop Dogg.”

Ia adalah respon kepada kenyataan penyanyi berusia 50 tahun itu yang sebelum ini berkata beliau sanggup terbang ke Glasgow sekiranya Celtic muncul juara liga pada musim ini.

Pada Mac lalu penyanyi rap yang turut digelar The Doggfather itu berkata: “Di Scotland, Celtic adalah pemain [kelab pilihan] saya.

“Musim ini mereka [Celtic] kembali bermain sepertimana yang mereka harapkan, dan sekiranya mereka menjuarai [liga] saya akan terbang ke Celtic untuk berparti bersama mereka.

“Malam [parti] di Glasgow sepenuhnya oleh Snoop dan sudah tentu kita akan meraikan kejuaraan tersebut habis-habisan.”

Celtic sah bergelar juara Scotland selepas mengikat Dundee United dengan jaringan 1-1 di Tannadice pada awal pagi tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN