‘Ibarat Final Di Paroi’ – Perlawanan Negeri Sembilan VS JDT Rekod Kehadiran 25,000 Penyokong

Negeri Sembilan

Suasana di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Paroi pada malam tadi ibarat perlawanan akhir apabila tidak kurang 25,000 kehadiran direkodkan.

Perlawanan Liga Super (MSL) minggu ke-8 pada malam tadi menyaksikan pertembungan dua pasukan yang belum pernah mengalami kekalahan pada musim ini, iaitu di antara pasukan tuan rumah Negeri Sembilan dan Johor Darul T.a’zim (JDT).

JDT yang sudah menang semua empat perlawanan sebelum perlawanan pada malam tadi tiba di Paroi dengan misi untuk mengekalkan dominasi di saingan MSL.

Negeri Sembilan yang merupakan juara Liga Premier pada musim lalu pula dianggap sebagai antara pasukan yang paling mengejutkan pada musim ini setelah berjaya berada di kelompok atasan liga selepas enam perlawanan – merekodkan empat kemenangan dan satu seri.

Rekod tersebut menjadikan perlawanan tersebut menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Berdasarkan ciapan salah seorang pegawai Negeri Sembilan di Twitter, tidak kurang 25,000 penyokong hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut, walaupun ianya diadakan pada hari bekerja.

Fenomena Paroi dibanjiri puluhan ribuan penyokong itu menyebabkan pihak tuan rumah kekurangan kakitangan untuk mengurus kemasukan penonton ke dalam stadium.

Perkembangan baik untuk bola sepak Negeri Sembilan

Bagi ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan jumlah kehadiran penyokong yang ramai membanjiri STAR pada malam tadi adalah perkembangan positif untuk bola sepak di negeri itu.

“Saya berpendapat bola sepak [adalah] sukan nombor satu di Malaysia. Sudah lama kita tidak mengalami situasi seperti ini [dan] ia amat baik untuk bola sepak di Negeri Sembilan.

“Kita boleh nampak penyokong datang memberi sokongan. Walaupun kita kalah penyokong menunggu sehingga pemain keluar [kembali ke bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

Jumlah kehadiran ramai di Paroi pada malam tadi sebenarnya sudah boleh dijangka selepas kira-kira 15,000 tiket perlawanan telah terjual pada tengah hari.

Faktor perlawanan menentang JDT juga tidak boleh ditolak sebagai salah satu sebab mengapa stadium turut dipenuhi.

Walaupun pada hari perlawanan tersebut turut berlangsung acara badminton Piala Thomas dan acara bola sepak lelaki Sukan SEA yang boleh disaksikan dengan selesa di hadapan kaca televisyen di rumah, sambutan di Paroi pada malam tadi dianggap sebagai luar biasa.

Apatah lagi hari perlawanan tersebut berlangsung pada hari bekerja.

Bagi Devan, ini membuktikan Negeri Sembilan memiliki penyokong setia yang akan terus mendukung pasukan itu pada musim ini.

Negeri Sembilan tewas tipis

Perlawanan di antara Negeri Sembilan dan JDT pada malam tadi menyaksikan pasukan tuan rumah turun tanpa pemain pertahanan utama, Herold Goulon.

Namun demikian, skuad kendalian Devan itu berjaya menjaga rapi benteng pertahanan daripada dibocori sehingga ke minit akhir perlawanan di masa kecederaan.

Walaupun mampu memberikan saingan kepada JDT, Negeri Sembilan terpaksa akur kepada jaringan cantik Fernando Forestieri dari luar kotak penalti.

Kekalahan tersebut membuatkan Negeri Sembilan jatuh satu anak tangga, berada di kedudukan kedua dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN