Kalinic Tolak Tawaran Dari China Kerana Nilai Duit Yang Terlalu Banyak

Kalinic tolak tawaran dari China kerana jumlah duit yang ditawarkan melampau. Jangan risau, ia bukan silap tajuk, ia adalah betul.

Ini kerana, kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh Kalinic di kala ramai pemain lain berebut-rebut ke China.

Nikola Kalinic telah menjadi antara penggempur utama di Serie A musim ini. Beliau adalah penyerang utama pasukan Fiorentina.

Anda mesti masih teringat betapa begelutnya beliau di EPL satu ketika dahulu ketika bermain dengan Blackburn Rovers.

Terbaru, penyerang ini mendedahkan beliau ada menerima panggilan daripada Fabio Cannavaro iaitu jurulatih Tianjin Quanjian.

Cannavaro berminat untuk membawa beliau ke China. Pada awalnya Kalinic merasakan ia tawaran yang bagus.

Namun selepas mendengar kelab China itu mahu membayar £42.5 juta untuk beliau, Kalinic menolak untuk ke sana.

Beliau merasakan harga itu terlalu tinggi untuk pemain seperti beliau.

Kalinic berkata:

“Fabio Cannavaro menghubungi saya, tetapi rasanya isu ini tidak akan dibincangkan lagi selepas ini.”

“Persoalannya, adakah saya benar-benar bernilai €50 juta (£ 42.5 juta) untuk klausa perlepasan?”

“Saya juga tertanya-tanya dan musykil kenapa ada orang yang sanggup menghabiskan wang sebanyak itu untuk saya?”

“Saya tidak dapat hendak menjelaskan jumlah sebenar harga yang mereka sanggup bayar untuk saya, tetapi bagi saya duit bukan segala-galanya dalam hidup.”

“Buat masa ini saya mahu kekal di sini. Saya baru sahaja menikmati bola sepak yang penting dalam setahun setengah ini.”

Nampaknya, jarang ada pemain seperti Kalinic. Beliau tidak menolak untuk pergi ke kelab lain kerana duit suatu hari nanti.

Namun buat masa ini beliau mahu menikmati bola sepak yang ada selagi-lagi Fiorentina memerlukan khidmat beliau.

Kalinic telah menjaringkan 10 gol untuk Fiorentina setakat ini di Serie A.

Fiorentina kini berada di tangga ke-8 Serie A, dan masih berjuang untuk ke Eropah pada musim hadapan.

Baca juga: Hutang Punya Pasal, Lassana Diara Ugut Mogok Jika Marseille Enggan Lepaskan Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN