Walaupun baru pertama kali beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), tampaknya Herlison Caion tidak berdepan begitu banyak masalah seperti penyerang import baharu lain dalam menyesuaikan diri dengan cepat.
Setakat ini Caion sudah pun meledak lima gol secara keseluruhan dalam saingan Liga Super musim ini dan beliau menganggap ini sebagai satu permulaan untuk dirinya lebih tekad berusaha dengan keras bagi perlawanan akan datang.
Untuk rekod gol yang dihasilkan sebelum itu, pemain dari Brazil ini meledak tiga jaringan menerusi sepakan penalti dan aksi pertemuan bersama Kedah Darul Aman baru-baru ini menyaksikan Caion berjaya meledak gol daripada permainan terbuka yang menyumbang kepada kemenangan besar The Red Giants malam tersebut dengan keputusan 4-1.
MOTM! Good day at the office for Herlison Caion! 🇧🇷
Good team effort from the team as well.
Powered by @MbiSelangor#MKLK #TerusBerjuang#KitaAdalahSatu #JatuhBangunBersama#FACup2022 pic.twitter.com/GfRfYlgGVk
— Selangor FC (@selangorfc) March 11, 2022
Walaupun dua gol tersebut pastinya memberi makna buat Caion, beliau jelas menganggap lebih banyak yang perlu dibuat dalam sesi latihan sekiranya mahu terus meledak gol selepas ini dalam setiap perlawanan.
“Saya gembira dan mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan kerana membantu saya setiap masa dan saya bekerja keras setiap masa untuk pasukan.
“Saya hanya nak cakap saya gembira sebab rakan sepasukan sentiasa membantu tetapi saya perlu bekerja lebih keras untuk menjaringkan gol.
“Jika saya tidak berusaha, gol tidak akan datang. Tetapi paling utama adalah saya nak berusaha keras untuk pasukan, siapa yang menjaringkan gol tidak penting”, jelasnya menerusi MFL.
Berikut merupakan kesebelasan terbaik pilihan Nazzab Hidzan buat pusingan LS4!
Baca lanjut di ➡️ https://t.co/zc8Zc6KAeH
Siapakah pemain terbaik dalam Best XI ini? 🤩#LigaSuper2022 pic.twitter.com/7opTdvgm9q
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 13, 2022
Selain itu, Sharul Nazeem selaku pertahanan berbakat Selangor pula menganggap rakan pertahan lain pastinya telah belajar sesuatu daripada perlawanan sebelum itu untuk mempamerkan aksi yang lebih mantap ketika berdepan Kedah.
Walaupun begitu, Sharul tetap positif mengenai rakan sepasukan lain dengan tidak akan membiarkan mana-mana lawan membocori pertahanan pasukan dan menjadikan kemenangan selepas itu tanpa merekodkan keputusan bolos sambil enggan meletakkan tekanan tinggi ketika mereka melepaskan satu gol pada Ahad lalu.
“Bukan rezeki kami untuk mendapat ‘clean sheet’ pada malam ini (Ahad) tetapi insyaAllah kami akan buat yang terbaik dalam perlawanan seterusnya tanpa bolos dan menang.
“Bagi saya macam aksi minggu lepas, kami bermain 10 orang jadi mungkin daripada segi kecergasan, fokus agak lemah sebab ambil mudah dengan pihak lawan, tapi hari ini (Ahad) kita tidak ingin benda sama berulang dan kami lebih fokus.
“Mungkin ini satu permulaan untuk kita lebih bersemangat dan setiap perlawanan kita akan pastikan untuk tidak mengambil mudah selepas ini”, katanya.
Untuk perlawanan seterusnya, Selangor bakal berdepan satu lagi pasukan yang dianggap sebagai pilihan musim ini iaitu Terengganu di Gong Badak pada 22 April ini.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!