‘Koyak Teruk’ Punya Pasal, Pemain Atletico Bercakaran Dengan Pemain Man City Di Terowong Wanda Metropolitano

Tidak dapat menerima kekalahan atau ‘koyak’, pemain Atletico Madrid bercakaran dengan pemain Manchester City di terowong pemain menuju bilik persalinan di Stadium Wanda Metropolitan pada awal pagi tadi.

Perlawanan suku akhir kedua UEFA Champions League yang menemukan kedua-dua pasukan itu berakhir tanpa sebarang jaringan.

Namun Manchester City berjaya melayakkan diri ke separuh akhir pertandingan kelab elit eropah itu melalui kelebihan agregat hasil kemenangan tipis 1-0 di Etihad sebelum ini.

Tegang babak akhir perlawanan

Situasi tegang di antara pemain kedua-dua pasukan sebenarnya bermula pada minit terakhir perlawanan.

Percakaran dan aksi tolak menolak daripada kalangan pemain bermula pada minit ke-90 selepas pemain pertahanan Atletico Madrid, melakukan tindakan susulan menyepak betis Phil Foden – selepas satu tackle bersih.

Stefan Savic kemudian meluru ke arah Foden yang sedang terbaring di luar padang dalam usaha menarik pemain itu kembali masuk ke padang, dan perbuatan itu mencetuskan situasi panas kerana campur tangan pemain di bangku pemain simpanan dan anggota kejurulatihan kedua-dua pasukan.

Savic yang juga merupakan bekas pemain City jelas menjadi antara watak utama dalam pertelingkahan tersebut – dilihat menanduk kepala Raheem Sterling selain menarik rambut Jack Grealish dari belakang.

Felipe kemudiannya dilayankan kad merah kerana tindakan kurang bijaknya tatkala Savic terlepas hukuman lebih berat daripada pengadil apabila sekadar dilayangkan kad kuning.

Berterusan ke bilik persalinan

City kemudiannya berjaya bertahan selama sembilan minit masa tambahan yang diberikan pengadil, tetapi emosi perlawanan sepanjang tempoh itu tetap panas.

Laporan menyatakan Grealoish dan Savic sekali lagi terbabit dalam pertelingkahan ketika meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan.

Rakaman daripada televisyen kemudiannya menunjukkan bagaimana situasi panas di terowong membabitkan pemain kedua-dua pasukan.

Savic dan Grealish terpaksa dipisahkan oleh pegawai keselamatan tatkala Ruben Dias mengetuai rakan sepasukan yang lain kembali ke bilik persalinan.

Pemain gantian Sime Vrsaljko turut dilihat melontar bib ke arah sekumpulan pemain City dan mengena Almeric Laporte sebelum Vrsaljko juga terpaksa ditarik untuk mengelak pemain itu bertembung dengan pemain City yang lain.

Ederson dan Romeo Lavia juga kelihatan berusaha menenangkan Kyle Walker untuk mengelakkan lebih banyak masalah berlaku.

Secara keseluruhan reaksi daripada pemain Atletico dianggap memalukan kerana jelas ‘koyak’ dan tidak boleh menerima kekalahan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN