Bakal Bertemu Villareal, Jurgen Klopp Gerun Jumpa Unai Emery

Jurgen Klopp

Kemenangan Liverpool di peringkat suku akhir UEFA Champions League (UCL) pastinya menyenangkan Jurgen Klopp apabila berjaya membimbing kelab itu ke separuh akhir buat kali ketiga.

Mereka berjaya mengenepikan cabaran yang diberikan oleh jaguh Portugal, Benfica menerusi kemenangan agregat 6-4 selepas mencatatkan keputusan seri 3-3 di Anfield.

Sebelum itu, Liverpool menang 3-1 di Portugal.

Dua gol dari Roberto Firmino dan satu dari Ibrahima Konate mengimbangi tiga jaringan yang dihasilkan oleh Goncalo Ramos, Roman Yaremchuk dan Darwin Nunez untuk Benfica.

Gerun di separuh akhir

Kejayaan yang ditempa Liverpool untuk mara ke separuh akhir kini disulami dengan rasa gerun oleh Klopp.

Mereka yang bakal bertemu Villareal di separuh akhir dilihat akan menjadi pasukan pilihan berbanding wakil Sepanyol itu.

Di atas kertas, tiada masalah untuk Liverpool menewaskan Villareal tetapi Klopp ada alasan tersendiri kenapa beliau gerun untuk bertemu mereka.

Hal ini kerana beliau akan berdepan dengan Unai Emery yang cukup mahir memenangi kejohanan piala.

“Sukar, sukar, sukar. Villareal mempunyai pengurus yang paling berjaya dalam kejohanan piala di dunia bola sepak,” ujar Klopp.

Emery yang menenangi pelbagai kejuaraan Eropah di Europa League akan cuba mengulangi magisnya itu di UCL musim ini.

Sebelum ini, beliau telah membimbing Sevilla menjuarai UEL sebanyak tiga kali dan merupakan penyandang kejuaraan pertandingan itu selepas memenanginya musim lalu.

Kali terakhir Liverpool dan Villareal bertemu di kejohanan Eropah adalah pada UEL 2015/2016 peringkat separuh akhir dengan menyaksikan The Reds layak ke perlawanan akhir.

Mereka malangnya kalah di perlawanan akhir ditangan Sevilla yang ketika itu dibimbing oleh… Unai Emery!

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN