“Ambil Pengajaran Dan Jangan Cepat Puas Hati” – Fayadh Yakin Mampu Atasi Penang

Kedah Darul Aman perlu kembali bangkit dalam aksi seterusnya dalam saingan Liga Super setelah sebelum ini mereka mengalami kekalahan besar di tangan Selangor dalam aksi keempat saingan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Fayadh Zulkifli selaku pemain sayap lincah Kedah mahu kelab diwakilinya itu kembali bangkit sambil menyifatkan aksi yang lalu ifu sebagai pengajaran buat diri mereka dalam menghadapi saingan liga yang dianggap sengit tahun ini.

Jelas pemain bertubuh kecil itu, fokus pasukan kini terarah dalam mempersiapkan diri bagi bertemu Penang pada 17 haribulan ini di Stadium Bandaraya bagi mencari kembali kemenangan mereka agar motivasi pasukan lebih kuat sebelum menghadapi perlawanan lain.

Untuk rekod pasukan lawan, jelas setakat ini Penang masih belum memenangi dalam aksi liga dan bakal memberi kelebihan buat Kedah untuk menghadapi mereka dengan lebih baik.

Walaupun begitu, Fayadh menggesa rakan sepasukan agar tidak memandang rendah kemampuan lawan dan menyifatkan pertemuan tersebut sebagai seimbang bagi merebut tiga mata.

“Kami kalah kepada pasukan yang bermain dengan lebih baik pada minggu lalu dan Selangor ternyata berhak menang dalam perlawanan itu.

“Apa yang terjadi saya rasa ada hikmah kepada kami agar ambil pengajaran dan jangan cepat berpuas hati dengan prestasi masing-masing.

“Kami sudah lupakan kekalahan lalu dan tumpuan utama kini adalah perlawanan dengan Penang, kami mahu bangkit dan tidak mahu melalui satu lagi kekalahan.

“Saya percaya kami boleh mengatasi Penang jika kami berada di hari terbaik namun kami tidak boleh memandang rendah kekuatan lawan yang masih mencari kemenangan sulung, saya jangka aksi itu pasti sengit,” katanya menerusi laman MFL.

Terdahulu, pemain yang berasal dari Baling, Kedah ini menjadi satu-satunya pemain yang meledak gol tunggal Kedah sewaktu aksi di Stadium MBPJ ketika mereka tewas buat Selangor dengan keputusan 1-4.

Pemain ini juga telah merekodkan empat gol setakat ini bersama Kedah dengan dua gol daripadanya dalam saingan Piala FA untuk menjadi salah satu bakat tumpuan Sang Kenari musim ini.

Kedah kini berada di tangga ketiga melalui pungutan sembilan mata, dipintas Sabah FC yang berjaya menang tipis 1-0 ke atas Sarawak United FC di Stadium Negeri.

Dalam masa sama, Fayadh juga menyifatkan wajah-wajah baharu yang menyertai pasukan musim ini sebagai suatu kelebihan dalam memperkuatkan pasukan seperti Amer Azahar, Khairu Azrin, serta Al-Hafiz yang sebelum ini menyinar bersama Penang.

“Kebetulan Kedah tahun ini ada ramai bekas pemain Penang dan harap mereka boleh memberikan tips dan sedikit corak permainan yang biasa diterapkan Penang di bawah (Tomas) Trucha.

“Walaupun mungkin tidak 100 peratus sekurang-kurangnya pemain lain mungkin boleh mendapat bayangan awal bagaimana aksi akan ditampilkan oleh Penang,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN