Sejak Dollah Salleh kembali menerajui Sri Pahang, pasukan itu telah tewas sebanyak tiga kali termasuk kekalahan 2-1 kepada Kuala Lumpur City pada Sabtu yang meletakkan pasukan itu menghuni tangga kedua tercorot dalam saingan Liga Super.
Sri Pahang melalui empat perlawanan tanpa kemenangan dan keputusan terbaharu ini seakan-akan menambah derita buat mereka.
Keadaan tersebut menyebabkan penyokong setia Tok Gajah menyeru supaya pihak pengurusan pasukan mengembalikan khidmat Thomas Dooley yang telah diketepikan hanya selepas dua perlawanan iaitu setelah tewas 3-1 kepada Selangor dan 2-0 kepada Perak.
https://twitter.com/OfficialPahang/status/1380900521418973188?s=20
Tiga hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, Dooley dan pembantunya Christophe Gamel tidak dipecat seperti mana sangkaan kebanyakan pihak.
Sebaliknya kedua-dua jurulatih import kelahiran Jerman itu sekadar ‘diturunkan pangkat’ dan diberi tugas baharu dari segi pembangunan pemain belia dengan masing-masing dilantik sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) Sri Pahang.
Ini bermakna Sri Pahang masih boleh mengembalikan khidmat Dooley untuk mengemudi pasukan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan .
Suffian juga mengakui pihaknya akan mempertimbangkan untuk membuat penstrukturan semula sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan depan berdasarkan prestasi pasukan.
Rata-rata penyokong sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan dan berada di belakang Dooley dan ‘kurang mengalu-alukan’ kehadiran Dollah untuk kembali menjadi ketua jurulatih pasukan tersebut.
‘Macam Divisyen 8 Jerman’, Thomas Dooley Kritik Fasiliti Sri Pahang https://t.co/MqZEUt0GDn pic.twitter.com/UbZHlzH2bt
— Muz (@amuzam3) February 27, 2021
Berdasarkan rekod, pencapaian Dollah dalam enam perlawanan Liga Super kini lebih teruk berbanding Dooley dengan mengumpul lebih banyak kekalahan.
Dengan pengurusan yang dilihat begitu ‘carcamarba’, maka timbul cadangan ‘nakal’ dari segelintir penyokong yang menggesa supaya pihak pengurusan Sri Pahang ‘berlaku adil’ dengan menggilirkan kedua-dua jurulatih berkenaan berdasarkan prestasi semasa pasukan.
Contohnya selepas Sri Pahang tewas tiga perlawanan, shif akan diberikan kepada Dooley, kemudian selepas tewas tiga perlawanan lagi, shif akan diserahkan semula kepada Dollah dan begitulah seterusnya sehingga musim ini berakhir.
Adakah anda bersetuju dengan cadangan ini?
Kredit Foto: Sri Pahang FC
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:
Liga Premier: Belasah Skuad Projek FAM-MSN 7-1, SUFC Tetap Beri Dorongan & Sokongan
Dollah Salleh Akui Sri Pahang Kian Hilang Keyakinan, Ketandusan Penyerang
Kenapa Benjamin Mora Anggap Kemenangan Ke Atas PJ City Antara Aksi Terbaik JDT?