Kalah Kepada Bayer Leverkusen Jadi Punca Julian Nagelsmann Dipecat?

Julian Nagelsmann

Pengurus muda yang mengemudi Bayern Munich, Julian Nagelsmann mengalami detik sukar dalam kerjayanya apabila dipecat daripada tugasnya di kelab tersebut.

Pelbagai sumber mengatakan yang Nagelsmann kini ditunjukkan jalan keluar daripada kelab tersebut dengan Bayern kini dalam proses mencari pengurus baharu.

Dilaporkan ketika ini, bekas pengendali Chelsea dan Paris Saint-Germain iaitu Thomas Tuchel kini semakin hampir untuk disahkan sebagai pengurus baharu gergasi Jerman itu.

Menurut ESPN, Tuchel dijangka akan mengambil alih tugas Nagelsmann sekurang-kurangnya sehingga 2025.

Dengan peralihan kuasa kini semakin hampir, terdapat satu misteri yang menyelubungi berita penyingkiran Nagelsmann tersebut.

Namun begitu, ianya seolah-olah telah terungkai apabila Pengarah Sukan Bayern Munich, Hasan Salihamidzic merungkaikan situasi tersebut.

Menurut sudut pandang beliau, kekalahan Bayern baru-baru ditangan Bayer Leverkusen dilihat sebagai pemateri kepada tamatnya karier Nagelsmann di kelab tersebut.

Baru-baru ini, Bayern kalah 2-1 ditangan Leverkusen di tempat lawan dengan dua kali gol tuan rumah diperoleh hasil bantuan Video Assistant Referee (VAR).

Akan tetapi, Salihamidzic melihat daripada sudut berbeza. Walaupun kalah kerana VAR, tetapi permainan skuad Bayern itu sendiri sememangnya di bawah par.

“Saya jarang lihat perkara sebegini berlaku [Bayern kalah.]

“Kami menjadi pasukan kedua terbaik dalam semua bahagian dalam perlawanan ini,” kata Salihamidzic selepas kalah kepada Leverkusen.

Dengan faktor Bayern kini dibelakang Borussia Dortmund dalam kedudukan Bundesliga menguatkan lagi faktor perlunya pengurus muda ini dipecat.

Jadi, ke manakah Nagelsmann selepas ini? Adakah Liverpool bakal menjadi destinasi seterusnya? Kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN