“Tiada Persiapan Khusus”- Aidil Sharin Pastikan Aktiviti Persikabo Normal Di Bulan Ramadan

Aidil Sharin Sahak yang sebelum ini pernah menggegarkan bola sepak di Malaysia buat pertama kali menikmati musim pertama beliau di Indonesia selaku jurulatih pada bulan Ramadan.

Jurulatih yang berasal dari Singapura itu kini mengendalikan salah satu pasukan yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia iaitu Persikabo 1973 sejak tahun lalu itu, menyifatkan tiada sebarang masalah perlu dibimbangkan mengenai persiapan pasukannya pada bulan Ramadan ini.

Umum diketahui majoriti para pemain di saingan tersebut merupakan beragama islam dan sudah pun menjalani ibadah puasa sejak semalam dalam tempoh 30 hari.

Sepanjang bulan Ramadan juga, aktiviti liga di sana juga akan terus berlangsung dan sedikit perbezaan mungkin akan dirasai oleh pemain bola sepak profesional untuk menghadapi perkara tersebut dalam tempoh sebulan ini.

Walaupun menjalani ibadah puasa serta menjalankan tugas profesional selaku pemain bola sepak, Aidil melihat kedua perkara ini bukan sesuatu yang perlu diberi perhatian khusus.

Jelas Aidil, sudah menjadi kewajiban buat para pemainnya yang beragama islam menunaikan ibadah tersebut selain profesional dalam tugasan sebagai pemain bola sepak walaupun ada sedikit perbezaan.

“Tidak ada sebarang persiapan khusus saya buat dalam aktiviti pasukan sepanjang bulan Ramadan ini berlangsung.

“Segalanya normal seperti kami mempersiapkan diri untuk perlawanan seperti bulan-bulan sebelumnya sahaja. Cuma latihan akan kami buat sebelah malam sahaja sepanjang Ramadan ini.

“Saya tak bimbang dengan keadaan pemain, ini bukan kali pertama mereka menjalankan tugas selaku pemain bola sepak profesional pada bulan puasa. Sudah tentu mereka sudah terbiasa dengan keadaan tersebut,” jelas Aidil menerusi Bola.com.

Untuk aksi pertama mereka pada bulan Ramadan ini, Persikabo bakal menghadapi cabaran daripada Persebaya Surabaya hari Sabtu ini dalam misi untuk terus mencatat kemenangan di gelanggang lawan.

Untuk rekod, Aidil pernah mencipta kejayaan di saingan Liga Malaysia (Liga M) sebelum itu bersama Kedah, selepas beliau membantu pasukan tersebut meraih kejuaraan Piala FA pada tahun 2019.

Selain itu, Aidil juga menjadi watak penting untuk melayakkan Kedah ke saingan ‘play off’ AFC Champions League (ACL) musim 2020 serta menjadikan pasukan tersebut sebagai antara terkuat di Malaysia.

Selepas berpisah bersama Kedah musim lalu, Persikabo jelas tidak menunggu lama untuk mendapatkan khidmat beliau untuk kembali menaikkan pasukan itu di Indonesia sebagai antara terbaik.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN