Ricardo Kaka: Raja San Siro Era Moden Dari Brazil Yang Berusaha Membentuk Kesempurnaan

Ricardo Kaka dianggap sebagai Raja San Siro era moden oleh ramai penyokong AC Milan. merupakan pemain terakhir yang menang Ballon d’Or sebelum duopoli Ronaldo-Messi selama 10 tahun. Selepas itu, hanya Luka Modric yang mampu menamatkan duopoli tersebut pada 2018.

Pada Oktober 2017, Ricardo Kaka terpaksa mengumumkan persaraan beliau sepenuhnya daripada bola sepak selepas kecergasan beliau tidak mengizinkannya.

AC Milan ramai pemain yang boleh digelar ‘raja’ di San Siro dalam sejarah mereka pada era moden. Namun Kaka, antara pemain yang ada ‘dinasti’ beliau tersendiri di sana. Maldini pula digelar maharaja / emperor ketika itu!

Awal karier

Kaka adalah satu kisah tipikal adiwira di atas padang versi Brazil. Pemain yang membawa nama Brazil ke mata dunia dengan sebiji bola sepak.

Kaka bukanlah pemain yang lahir dalam keluarga yang terlalu susah. Ayahnya jurutera sivil dan ibunya seorang guru. Tetapi Kaka menceritakan keluarga beliau sangat sederhana dan kenal erti susah.

Oleh kerana ayah dan ibunya ada latar pendidikan yang baik, mereka telah membantu Kaka untuk meneruskan minat bola sepak dengan memasukkan Kaka ke akademi Sao Paolo.

Jadi, Kaka adalah pemain bola sepak yang bukan terlalu berbakat seperti pemain Brazil lain. Beliau seorang pemain yang berjaya kerana pembangunan dan kegigihan beliau memajukan diri dengan rutin latihan.

Ayahnya mendapatkan nasihat daripada rakannya yang merupakan pemantau bakat. Perancangan yang baik oleh ibu dan ayahnya membantu Kaka mencapai tahap terbaik sebagai seorang pemain bola sepak.

AC Milan

Selepas kejayaan Brazil menjuarai Piala Dunia 2002, Pada 2003, AC Milan bergegas mendapatkan Kaka. AC Milan adalah kelab yang sangat kuat. Dan bukannya sukar untuk Kaka membuat keputusan.

Pada ketika ini, Serie A adalah liga terbaik di Eropah. Milan membayar £8.5 juta kepada Sao Paolo. Namun pada awalnya Kaka bukanlah bintang Brazil yang menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi pada era beliau – Serie A dianggap liga elit di Eropah. Terlalu ramai bintang di Itali ketika itu, sebelum kejatuhannya kerana skandal Calciopoli.

Sehingga ada pundit berkata, untuk melengkapkan karier sebagai pemain handalan, seseorang itu perlu ke Serie A.

Awalnya orang anggap Kaka sebagai pelengkap kepada depth pasukan Milan yang sarat dengan bintang. Namun siapa sangka, dalam masa sebulan sahaja, Kaka sudah mampu menyisihkan Rui Costa ke bangku simpanan. Bagi yang kenal akan nam Rui Costa, kami tak perlu bercerita banyak tentah pemain ini. Beliau adalah pemain yang sangat hebat.

Trequastista sensasi

Ancelotti sangat menggemari Kaka kerana sifatnya yang tipikal trequartista. Satu peranan yang menjadi kegilaan di Liga Itali ketika itu. Kaka efektif berada di belakang 2 penyerang di dalam sistem berlian 4-1-2-1-2/4-3-1-2. Ancelotti menggemari formasi berlian di tengah kerana ia akan mengeluarkan yang terbaik daripada Kaka.

Bukan mudah untuk pemain baru terus masuk ke dalam pasukan utama Milan ketika itu. Namun bintang muda 21 tahun ini berjaya melakukannya. Konsistensi dan kualiti Kaka dalam setiap perlawanan membuatkan media mulai mencari cerita dan perhatian kepada Kaka.

Beliau bukanlah pemain yang memiliki berpuluh jenis skil kaki (footwork) seperti Ronaldo Fenomeno ataupun Ronaldinho. Namun beliau ada kelicikan dan kekemasan di dalam gelecekannya. Raja San Siro ini memiliki kepantasan dan keupayaan untuk bersaing duel bahu ke bahu dengan pemain pertahanan.

Lihat gambar di bawah ini, dan anda akan tahu bukan mudah untuk keluar daripada bayang-bayang bintang lain dalam pasukan Brazil ini. Namun Kaka berjaya melakukannya.

Begitu juga di AC Milan, kerja kerasnya telah membuatkan Kaka mampu bersaing dengan kualiti pemain tengah AC Milan yang ketika itu sangat baik.

Kualiti visi ketika menjadi perancang dan kemampuan untuk menjadi penjaring gol di belakang no.9 adalah sebab kenapa Kaka adalah kegerunan pihak lawan. Beliau juga pemain yang sangat berdisiplin.

Apa sahaja yang beliau lakukan dengan bola di atas padang boleh didefinisikan sebagai seni dan ketajaman serta larian deras.

Fantastic 4

Milan kemudian mendapatkan Seedorf. Gandingan Kaka-Seedorf dan Pirlo-Gattuso menjadi ‘boom’. Itulah kuartet tengah yang paling dahsyat di Eropah ketika itu. Dan selepas kuartet itu hilang, Milan masih belum mampu menemukan gandingan sehebat itu lagi.

Malah gandingan duo daripada mana-mana Kaka-Seedorf-Gatusso-Pirlo pun sukar untuk Milan gantikan selepas itu.

AC Milan Brazilian forward Kaka’, center, celebrates after scoring with his teammates Andrea Pirlo, left, and Clarence Seedorf, of the Netherlands, during an Italian first division soccer match between AC Milan and Reggina at the San Siro stadium in Milan, Italy, Sunday, April 20, 2008. (AP Photo/Antonio Calanni)

Di hadapan pula ada penyerang terbaik di Eropah, Andriy Shevchenko dan Crespo. Sepanjang di Milan Kaka membantu Rossoneri menjuarai:

1 Serie A 2003/04,
1 Supercoppa Italiana: 2004
1 UEFA Champions League: 2006–07
1 UEFA Super Cup: 2007
1 FIFA Club World Cup: 2007

Kaka berada dalam era terbaik AC Milan pada era moden – era yang masih lagi dirindui oleh peminat AC Milan pada hari ini.

Milanisti sejati!

Banyak tawaran kelab besar hadir namun Kaka kekal bersama Milan. Milan terkesan dengan kiris Calciopoli. Mereka berhadapan dengan masalah kewangan dan perlu mengurangkan perbelanjaan mereka.

Antara bintang yang pergi adalah Schevchenko dijual ke Chelsea. Pemergian Schevchenko ibarat blessing in disguise. Kaka menunjukkan kualiti beliau sebagai total attacking midfielder.

Beliau boleh mnejaringkan gol, boleh menjadi perancang di no.10, boleh bermain di tengah. Corak permainan Kaka adalah berasaskan kepantasan dalam membuat keputusan.

Kaka memenangi hampir segalanya di Milan dengan kejayaan menjuarai UCL, Super Cup, dan Club World Cup. Sepanjang karier Di Milan hanya Coppa Italy sahaja yang gagal dimenenangi Kaka.

Terbaik Dunia

Beliau dipilih menjadi pemain terbaik Dunia pada 2007 FIFA dan Ballon d’Or. Itulah kali terakhir pemain selain Cristiano Ronaldo dan Messi memenangi Ballon D’or sehingga tarikh artikel ini ditulis.

Dengan kondisi kewangan yang semakin merudum di Milan, pada 2007, Kaka akhirnya memutuskan untuk menyertai Real Madrid dengan nilai £65 juta.

Ia diharap dapat membantu kelab yang semakin tenat. Milan sudah tidak seperti dahulu. Ramai pemain yang masuk atas perjanjian pinjaman.

Project Galaticos baru dan karier suram di Real

Era di Real Madrid tidak seindah di Milan. Beliau adalah pemain kesayangan peminat di Real Madrid. Namun usaha Florentino Perez membentuk The New Galacticos dengan gandingan Kaka- Benzema – Cristiano Ronaldo tidak menjadi kenyataan.

Terlalu banyak krisis kecederaan berulang melanda beliau. Beliau merasai La Liga, Copa Del Rey dan Supercopa tetapi hanya menjadi watak sampingan, tidak seperti ketika di Milan.

Kehadiran Kaka di Madrid ini tentu diharapkan dapat menularkan daya magis yang ia tunjukkan bersama Milan. Namun pada kenyataannya, Kaka tidak mampu menampilkan permainan seperti yang ia tunjukkan ketika bersama Milan.

Beliau berjaya cergas tetapi kemudiannya gagal menyesuaikan diri dengan taktikal Jose Mourinho. Harapan peminat Real Madrid untuk menyaksikan Kaka seperti Di AC Milan tidak kesampaian.

Kembali ke San Siro

Pada 2013, Kaka memutuskan untuk kembali ke Milan. Ia agak mengejutkan kerana ramai menganggap jurulatih baru Real Madrid, Carlo Ancelotti akan menaikkan semula Kaka seperti ketika mereka bekerjasama di AC Milan.

Namun Kaka nekad untuk kembali ke AC Milan. Namun malangnya, kecederaan panjang menghantui beliau. Kaka memberitahu kelab Milan agar tidak membayar sesen pun kepada beliau sepanjang tempoh beliau cedera.

Ini kerana Kaka mahu meringankan beban kelab yang beliau sayang. Milan masih dalam proses menutup kerugian mereka dalam beberapa musim.

Kontrak Kaka dan Milan bernilai £4 juta setahun. Kaka menunjukkan rasa cintanya kepada Milan dengan cara beliau sendiri.

Selepas pulih, pada Mac 2014, Kaka membuat penampilan ke-300 untuk Milan. Beliau menjaringkan 2 gol untuk Milan dalam perlawanan menentang Chievo. Itulah gol terakhir Kaka untuk kelab yang disayangi beliau.

Selamat Tinggal dan Terima Kasih San Siro!

Kaka kemudian meminta untuk dillepaskan ke MLS. Milan bersetuju atas persetujuan bersama. Kaka menyertai MLS bersama Orlando City.

Kaka berjaya menikmati detik detik terakhir karier beliau di USA dalam suasana bola seppak yang lebih rendah intensitinya dan memutuskan untuk bersara pada akhir 2017.

Kaka adalah legenda yang semenangnya disayangi semua peminat bola sepak di seluruh dunia. Dedikasi dan kualiti di atas padang dengan karakter pemenang.

Beliau juga terkenal dengan sikapnya yang pemurah dan sangat kuat agama. Bagi peminat Milan, Kaka adalah lagenda sebenar kelab tersebut. Sehingga ke hari ini nama Kaka masih kekal di dalam jiwa mereka.

Jika anda berpendapat tiada pemain yang sempurna – Kaka adalah pemain yang paling hampir dengan kesempurnaan itu sebagai pemain tengah ofensif.

Bagi sesetengah pemain, terutama sekali dari Brazil – kesempurnaan itu sudah ada dalam diri mereka kerana bakat semulajadi yang luar biasa. Namun bagi Kaka beliau membentuk dan mengasah dirinya untuk menjadi sempurna.

Kaka seorang yang taat kepada suruhan agamanya. Beliau sentiasa berpendapat, aspek kerohanian dan spiritual itu sangat penting bagi seseorang itu untuk berjaya dalam hidup. Ramai pemain yang sudah bergelar bintang akan hanyut dengan kemewahan dan kegemilangan. Namun bukan Kaka.

Kisah Kaka kini juga boleh kita jadikan inspirasi bagaimana pemain yang berdisiplin mampu menjadi pemain elit. Perancangan dan sokongan daripada ibu bapanya juga antara sebab beliau berjaya mendapat pembelajaran bola sepak yang betul pada usia muda.

Beliau pemain yang dibentuk daripada sistem akademi yang membantunya menjadi pemain elit daripada seorang pemain biasa dan terhad kemampuannya dari segi skil sebagai pemain no.10 Brazil.

Kaka adalah legenda dari Brazil yang pernah menjadi raja San Siro yang tiada gantinya. AC Milan memiliki beratus nama legenda elit dalam sejarah mereka, namun Kaka adalah Kaka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN