Rakan Senegara Anggap Arnautovic Pilihan Tepat Untuk Jadi Penggempur Man. United

Spekulasi mengenai perpindahan Marko Arnautovic ke Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini semakin hangat diperkatakan.

Dilaporkan bahawa Manchester United sudah bersiap sedia untuk membuat tawaran sensasi bagi membawa penyerang kebangsaan Austria itu menyertai mereka.

Jose Mourinho dikatakan amat berminat untuk membawa Arnautovic ke Old Trafford, dalam usaha untuk memperkuatkan ketajaman di jentera serangan pasukan.

Rakan menyokong 

Rakan senegara, Marcel Sabitzer tampil menyuarakan sokongan penuhnya terhadap Arnautovic.

Menurut Sabitzer menerusi Goal, beliau amat gembira apabila mendengar perkhabaran tersebut dan percaya bahawa rakannya itu mampu memainkan peranan penting di Manchester United sekiranya memilih untuk berhijrah dari West Ham.

“Dia (Arnautovic) tidak mempunyai kematangan dan tuah di Jerman, saya fikir dia sedar tentang itu.”

Belfast , United Kingdom – 18 November 2018; Marko Arnautovic of Austria (7) and team-mates salute the travelling supporters following their victory in the UEFA Nations League match between Northern Ireland and Austria at the National Football Stadium in Windsor Park, Belfast. (Photo By David Fitzgerald/Sportsfile via Getty Images)

“Bagaimanapun, persembahannya di England dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah membuktikan kelasnya yang sebenar dan saya dapat melihatnya daripada segi pasukan kebangsaan.”

“Itulah sebabnya saya percaya dia boleh membuat satu lagi langkah ke hadapan dan memainkan peranan utama di sana (di Manchester United), saya mendoakannya,” kata Sabitzer.

Arnautovic memang layak

Sabitzer yang bermain bersama RB Leipzig di Bundesliga turut mengakui Arnautovic sememangnya layak untuk bermain bersama kelab besar dengan apa yang dipamerkan penyerang berusia 29 tahun itu dalam beberapa musim kebelakangan ini. 

“Marko merupakan seorang yang hebat,” kata Sabitzer. Saya rapat dengannya dan beraksi di sampingnya dalam skuad kebangsaan, kami berkawan baik dan sesekali bercuti bersama.”

“Saya menyukainya dan saya fikir dia juga mempunyai pandangan yang sama. Semua orang boleh menyaksikan sendiri bahawa dia mempunyai ciri-ciri seorang atlet yang hebat.” 

Arnautovic kini diketepikan dalam skuad ‘The Hammers’ ekoran kecederaan hamstring yang dialaminya dan dijangka akan pulih sepenuhnya bulan depan.

Setakat ini beliau telah berjaya menghasilkan lima gol dalam 13 penampilan di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN