Menarik untuk diulas bagaimana penghijrahan pemain sayap menyerang, R. Kogileswaran ke K-League berjaya direalisasikan dan apa kaitannya dengan Steve Darby, Asnawi Mangkualam dan kejohanan rantau Asean, Piala AFF?
Terfikirkah kita bagaimana beliau dikesan kelab dari Korea Selatan itu?
Walaupun belum diumumkan secara rasmi, namun khabar angin menjurus kepadanya dan dengan beberapa perkongsian oleh wartawan tersohor, boleh kita muktamadkan yang Kogileswaran adalah pemain dimaksudkan.
Pemain yang mesra disapa Kogi itu kini tanpa kelab selepas kelabnya, PJ City FC sah menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim 2023.
Di saat mungkin ramai menjangkakan beliau akan mencari kelab di liga tempatan, secara tiba-tiba, beliau bakal melebarkan sayap ke luar negara.
Antara pasukan yang dikaitkan dengan Kogi adalah Penang FC. Dengan perkhabaran ini, maka beliau sah tidak lagi akan tampil di Liga Malaysia.
Former PJ City playmaker R. Kogileswaran was monitored by the likes of Penang and Selangor, but he has decided to move overseas.
The destination? Wait and see. #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 21, 2022
Perpindahan yang bakal berlaku itu akan menyaksikan Kogi akan mengikat kontrak selama setahun dengan kelab tersebut dengan tiada sebarang butiran mengenai pilihan untuk melanjutkan kontrak telah dinyatakan.
Perpindahan tersebut turut dikatakan memperoleh restu oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin yang telah memberikan dorongan penuh kepada Kogi untuk berhijrah ke luar negara.
Kelab yang dimaksudkan adalah Chungbuk Cheongju FC yang ketika ini bersaing di divisyen 2, K-League 2 pada musim depan. Kogi bakal menjadi pemain Malaysia yang pertama beraksi di saingan liga Korea Selatan.
Jika dilihat, ini adalah musim pertama mereka di saingan K-League 2.
Menariknya, Kogi akan mengisi kouta pemain import Asean yang pertama buat kelab tersebut selepas ia mula diperkenalkan pada musim 2020.
Polisi terbaru dari K-League itu menyaksikan sejumlah lima pemain import dibenarkan untuk didaftar dengan salah satunya merupakan pemain Asean.
Asnawi Mangkualam mencetak gol perdananya bersama Ansan Greeners untuk mengantarkan kemenangan 3-1 atas Gimpo FC.#GarudaDiRantau #Asnawi #AnsanGreeners
🎥: @Kleague_IDpic.twitter.com/ItpILIxGjK
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) July 23, 2022
Antara pemain dari Asia Tenggara yang ketika ini masih beraksi di K-League menggunakan kouta Asean adalah pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam.
Beliau mula menyertai kelabnya, Ansan Greeners pada musim 2021.
Dan kini beliau sudah membuat lebih 40 penampilan bersama mereka.
Difahamkan pengendali Sang Garuda, Shin Tae-yong adalah pendorong utamanya untuk berhijrah ke sana dan beliau telah disyorkan olehnya.
Beliau menjadi pemain pertama Indonesia beraksi di K-League seperti mana Kogi yang bakal menjadi pemain pertama dari Malaysia beraksi di sana.
Walaupun difahamkan gaji yang diterimanya lebih kecil berbanding ketika di PSM Makassar, beliau lebih berminat dengan potensi beraksi di luar negara. Jadi, apa yang kita boleh katakan, besar kemungkinan, gaji yang diterima Kogileswaran di Cheongju juga adalah lebih kecil berbanding sebelum ini.
Namun, berbekalkan semangat mahu tampil beraksi di luar negara, Kogi nampaknya memilih terbang ke Korea Selatan berbanding kekal di sini.
Untuk kes Asnawi, mungkin saingan Piala AFF bukanlah pentas yang telah memperkenalkannya ke K-League, namun untuk Kogi, besar kemungkinan ia berpunca daripada kejohanan dwi tahunan itu Tidak boleh disangkal lagi.
Mengapa dikatakan Piala AFF adalah pentas yang membawa nama Kogi ke sana? Seperti yang dijelaskan dalam perenggan sebelum ini, K-League musim 2020 mula memperkenalkan kouta pemain Asean dan impak yang dibawa Asnawi nampaknya menarik minat kelab-kelab lain untuk mencuba.
Malah, menurut perkhabaran dari sana, kelibat pemain bek kanan Indonesia itu telah menarik minat hampir lima buah kelab yang bersaing K-League 1.
Disebabkan itu, mungkin Piala AFF menjadi tumpuan pemerhati bakat dari Korea Selatan untuk memburu pemain-pemain dari Asia Tenggara.
Seperti yang kita tahu, karier Kogi tidaklah terlalu gah untuk dibincangkan, tidak seperti Asnawi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Kogi tidaklah terlalu menonjol di saingan tempatan melainkan aksinya ketika Piala AFF.
Melhores momentos da Copa AFF Suzuki 2020 .@affsuzukicup
🇲🇾 Malásia 1 – 4 Indonésia 🇮🇩
⚽️: Kogileswaran – MAS
Irfan (2×), Arhan, Elkan – IDNpic.twitter.com/10iXaUA2qi#AFFSuzukiCup#RivalriesNeverDie— Futebol Super FC (@FutebolSuperFC) December 19, 2021
Di Piala AFF 2020 yang berlangsung pada hujung tahun 2021, beliau berjaya mencipta dua gol untuk skuad negara – berdepan Kemboja dan Indonesia. Ya, beliau melakar gol ketika berdepan Sang Garuda – pasukan tumpuan.
Mungkin ini yang telah menarik perhatian Cheongju untuk merekrutnya.
Bagaimana Cheongju turun ke Singapura? Adakah mereka turun padang?
Seperti yang diketahui, kejohanan pada edisi tersebut telah disiarkan secara langsung di YouTube. Disebabkan pandemik Covid-19 dan telah dianjurkan secara berpusat di Singapura, kaedah ini adalah yang terbaik buat semua.
Namun, ada manfaat yang diperolehi menerusinya, menurut Steve Darby.
AFF have done a great job bringing the Suzuki Cup to a world wide audience on Youtube with excellent English commentary. This is how to get the players known.@RhyshRai @Dez63 @affsuzukicup
— Steve Darby (@darbystevecoach) December 29, 2021
Sebagaimana ciapan bekas pengendali Johor dan Kelantan di saingan Liga Malaysia itu, beliau gembira dengan tindakan badan penganjur menyiarkan kejohanan itu di YouTube dengan ulasan berbahasa Inggeris kerana ia mampu memperkenalkan pemain-pemain Asean ke luar negara.
Jadi, besar kemungkinan Cheongju memantau bakat Asean menerusi siaran langsung di YouTube. Piala AFF adalah pentas berprestij buat negara-negara Asia Tenggara dan di sinilah mereka memburu pemain.
Malah, untuk mendapatkan lebih mendalam tentang gaya permainan Kogi, kelab tersebut boleh melihat video-video siaran langsung yang dibawakan oleh YouTube UnifiTV yang membawakan secara langsung Liga Malaysia.
Segalanya tampak mudah buat mereka untuk menilai kemampuan Kogi.
Jadi, kenyataan Steve Darby nampaknya seperti ada kebenarannya. Bakat dari Asean mula mendapat perhatian kelab-kelab dari luar negara hasil inisiatif oleh badan penganjur Piala AFF. Dan ia diteruskan di edisi 2022.
Malah, tambah menarik, untuk edisi kali ini, siaran televisyen di Korea Selatan iaitu saluran SBS turut membeli hak penyiaran saingan Piala AFF.
Selain itu, pemain sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai juga berpeluang berkelana sehingga ke saingan Ligue 2, Perancis bersama Pau FC.
Jadi, bersandarkan kata-kata Steve Darby, mungkin Kogileswaran juga telah mula dipantau rapat oleh Cheongju menerusi siaran langsung di YouTube.
Dapatlah disimpulkan, inilah perkaitan antara Steve Darby, Asnawi Mangkualam dan Piala AFF dengan perpindahan Kogileswaran ke K-League. Selamat maju jaya buat Kogi di bumi Korea Selatan nanti!