Mbappe Tampil Pertahankan Zidane Yang ‘Diperlekehkan’ Oleh Presiden FFF

Kylian Mbappe tampil mempertahankan legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane yang telah diperlekehkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak negaranya baru-baru ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet telah mengeluarkan kenyataan dan memberikan komen yang sepertinya dianggap memperlekehkan Zidane.

Noel Le Graet menyatakan kepada media Perancis, RMC Sport yang beliau tidak akan melayan sebarang panggilan dari Zidane seandainya legenda bola sepak negaranya itu menghubungi beliau.

Beliau juga menafikan sepenuhnya kaitan Zidane sebagai calon jurulatih skuad kebangsaan Perancis selepas Didier Deschamps sah menandatangani kontrak baru sebagai pengurus Les Bleus.

Deschamps telah mengendalikan skuad kebangsaan Perancis sejak dari tahun 2012 lagi dengan beliau turut cemerlang membantu skuad Les Bleus itu untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun 2018 yang lalu.

Terbaru, selepas beliau berjaya membawa Perancis untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Piala Dunia 2022, Deschamps telah ditawarkan kontrak baru sehingga 2026 nanti.

Hal itu sedikit sebanyak menutup mulut para peminat yang sering mengaitkan Zidane bakal menjadi pengganti beliau sebagai pengurus skuad kebangsaan Perancis.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak mengizinkan untuk sesiapa memperlekehkan Zidane kerana beliau merupakan legenda terhebat sepanjang zaman negaranya.

Apa yang Noel Le Graet katakan tentang Zinedine Zidane?

Menurut laporan dari pelbagai sumber termasuk Marca, Le Graet menyatakan yang beliau tidak akan pernah menjawab panggilan telefon dari Zidane andai legenda Real Madrid itu mahu menghubungi beliau untuk meminta menjadi pengurus skuad kebangsaan Perancis.

Zidane dikatakan merupakan calon kegemaran untuk menjadi pengganti Didier Deschamps sebagai pengurus baru skuad Perancis selepas tamat aksi saingan Piala Dunia tahun ini.

Beliau juga turut menolak tawaran untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan Amerika Syarikat dan ramai percaya ia kerana beliau masih berharap mahu mengendalikan skuad kebangsaan Perancis.

Walau bagaimanapun, Presiden FFF itu tetap menegaskan yang bekas pemain midfield itu tidak pernah ada dalam radar mereka untuk dilantik sebagai pengurus.

“Jika Zidane cuba untuk hubungi saya, tak, saya tak akan angkat panggilan dia.”

Jelas Le Graet kepada Marca.

“Dah tentu tidak, saya bahkan memang tak perlu angkat panggilan dia. Adakah saya perlu beritahu dia untuk cari kelab lain? Buat satu program khas untuk bantu dia cari kelab baru atau skuad kebangsaan yang baru?”

Le Graet turut membandingkan Zidane dan Deschamps dengan menyatakan:

“Dia ada ramai penyokong, ada antara mereka yang menunggu Deschamps untuk pergi. Tapi siapa yang boleh memperlekehkan Deschamps? Tiada siapa.”

“Kamu boleh untuk terlepas perlawanan, tapi saya dah bersama dengan dia sejak 10 tahun lalu, memang tak ada masalah langsung tentang dia. Hal berkait pemergian beliau sebenarnya sekadar menjadi topik panas media.”

“Kerana itulah terdapat banyak khabar angin yang mengaitkan bekas pengurus Real Madrid itu untuk mengurus skuad kebangsaan.”

Apa reaksi Mbappe tentang kenyataan dari Le Graet?

Mendengar kenyataan dari Le Graet, Mbappe memuat naik status di laman media sosial miliknya dengan menyatakan:

“Zidane adalah Perancis, kamu tak patut memperlekehkan legenda.”

Komen dari Mbappe mendapat perhatian ramai dan rata-rata penyokong Perancis bersetuju dengan kenyataan dari bintang berusia 24 tahun itu.

Bekas-bekas pemain juga turut tampil memberi pandangan yang sama dan mereka menghentam Le Graet kerana mengeluarkan kenyataan seperti itu.

La Graet pada ketika ini sedang teruk berdepan kritikan dari pelbagai pihak dan sepertinya beliau masih belum tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas beliau memperlekehkan legenda bola sepak itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN