‘Ini Baru Betul Tak Koyak’ – Mbappe Langsung Tak Peduli Kena ‘Nganjing’ Dengan Martinez

Kylian Mbappe akhirnya tampil memberi reaksinya selepas melihat cara bagaimana Emiliano Martinez menganjing beliau tanpa belas ketika meraikan kejayaan Argentina menjuarai saingan Piala Dunia.

Walaupun Mbappe berjaya mencatatkan hat-trick dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Dunia tahun ini bertemu Argentina, namun sepertinya beliau antara pemain paling teruk kena nganjing dengan pemain lawan.

Bintang PSG itu bahkan turut berjaya memenangi anugerah kasut emas di pertandingan tersebut selepas kejayaan beliau mencatatkan hat-trick dalam aksi perlawanan akhir.

Perancis terpaksa akur terlepas kesempatan untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia mereka selepas mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Argentina.

Walau gawang Martinez 3 kali dibolosi oleh Mbappe dalam perlawanan tersebut, namun ia tak menghalang penjaga gol Aston Villa itu untuk terus menganjing pemain penyerang itu tanpa belas.

Dari bilik persalinan, hinggalah ketika perarakan di Argentina, Martinez sepertinya tak puas-puas menganjing Kylian Mbappe.

Beliau bahkan turut membawa anak patung yang dipakaikan topeng Mbappe ketika sedang berpesta meraikan kejayaan Argentina itu.

Tindakan Martinez itu telah dihentam teruk oleh pelbagai pihak dengan rata-rata dari mereka menganggap penjaga gol Argentina itu sudah keterlaluan.

Pengurus Aston Villa, Unai Emery sendiri juga turut tidak gembira melihat tindakan Martinez itu dan beliau turut berjanji akan menegur penjaga gol itu setibanya beliau di Villa Park nanti.

Mbappe sendiri sementara itu langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan agak mustahil untuk menganggap beliau tidak sedar dengan tindakan Martinez itu.

Semalam, pemain berusia 24 tahun itu akhirnya bersuara juga tentang hal tersebut dan jelas sekali ramai peminat menanti-nantikan apa yang akan Mbappe katakan tentang hal tersebut.

Selepas tamat aksi kemenangan 2-1 PSG menewaskan Strasbourg awal pagi tadi, Mbappe telah ditanya tentang pendapat beliau berkait tindakan keji Martinez itu.

Jawapan dari Mbappe itu benar-benar mengejutkan peminat kerana beliau sepertinya langsung tak peduli dengan apa yang dilakukan oleh penjaga gol terbaik di pentas Piala Dunia Qatar itu.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, Mbappe bahkan hanya berkongsi kegembiraan sahaja untuk melihat rakan sepasukannya, Messi akhirnya berjaya menjulang Piala Dunia.

“Saya ada bercakap dengan dia selepas tamat perlawanan. Saya ucap tahniah. Bagi dia ia impian hidup. Begitu juga bagi saya, tapi saya kalah, jadi saya perlu tunjukkan semangat kesukanan yang baik.”

Jelas Mbappe ketika ditanya tentang keraian keterlaluan Martinez.

“Keraian itu bukanlah masalah saya, saya tak nak buang masa untuk hal-hal macam itu.”

Mentaliti yang sungguh luar biasa dan tidak mengejutkan sama sekali untuk melihat peminat hangat memperdebatkan tentang hal tersebut di media sosial.

“Ini baru betul tak koyak. Dia bahkan langsung tak peduli dengan apa yang dilakukan oleh Martinez.”

“Ini yang kita panggil berkelas dunia. Tak hairanlah kenapa dia jadi antara pemain terhebat dunia.”

“Mentaliti terhebat, saya boleh katakan susah untuk kita jumpa pemain yang ada mentaliti sehebat dia.”

“Ramai orang kata dia berlagak dan sombong, tapi sekarang dia dah buktikan yang segala dakwaan tu tak betul. Tahniah Mbappe.”

PSG meneruskan rentak cemerlang mereka yang masih belum tewas dalam saingan Ligue 1 pada musim ini selepas kejayaan mereka menewaskan Strasbourg di Parc des Princes awal pagi tadi.

PSG kini lapan mata mengatasi RC Lens dalam carta saingan Ligue 1, dan jelas sekali mereka kini merupakan antara calon kegemaran untuk muncul juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN