Azrin Afiq: “Saya Nak Menang Banyak Piala Bersama Kedah”

Azrin Afiq

Pemain baharu Kedah Darul Aman (KDA), Azrin Afiq berazam ingin memenangi sebanyak mungkin piala bersama pasukan baharunya dan membawa mereka ini ke peringkat Asia.

Berketinggian 1.8m, ianya menjadi kelebihan buat dirinya yang beraksi di posisi pertahanan kerana saiz fizikal yang tinggi amat diperlukan di bahagian tersebut.

Jika sebelum ini, Azrin hampir menjulang piala bersama Selangor namun dihampakan oleh Johor Darul Ta’zim di pentas akhir Piala Malaysia, maka sebab itu beliau semakin bersemangat untuk membantu KDA memenangi piala di Malaysia.

”Walaupun saya masih muda, saya nak rasa aura julang piala itu dan saya tidak kisah apa-apa piala kerana yang penting kita dapat piala tersebut dan menjadi piala pertama dalam karier saya sebagai pemain profesional.

”Saya harap dapat beri yang terbaik kepada pasukan dan kita akan melangkah ke Asia kerana saya begitu teringin beraksi di pentas tersebut,” ujarnya.

Biarpun tidak banyak membuat penampilan bersama skuad utama Selangor namun pengalaman yang beliau ada ini amat penting untuk membantu karier di pasukan baharu.

Menurut beliau, faktor jurulatih baharu KDA, Nafuzi Zain juga mendorong dirinya berubah angin ke Utara kerana yakin keupayaan jurulatih itu selain tertarik taktikalnya.

Semua sedia maklum, Nafuzi begitu suka mengutamakan pemain muda dan ini adalah masa terbaik untuk dirinya membuktikan sesuatu kepada penyokong.

Pemain berusia 20 tahun ini pernah membantu pasukan remaja Malaysia di Kejuaraan AFF B-18 2019 sebelum tewas di pentas akhir kepada Australia.

Namun agak malang buat skuad muda ketika itu apabila Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) telah membatalkan Piala Asia B-19 2020 akibat COVID-19 meskipun mereka layak secara merit.

 

Maka sebab itu, pemain kelahiran Selangor ini bertekad ingin membawa KDA ke pentas Asia sekali gus memastikan impian itu terlaksana.

Pada masa yang sama, Azrin berharap penyokong akan terus memberi sokongan buat dirinya dan pasukan serta akan ada walau apa pun terjadi kepada KDA.

Sokongan penyokong amat penting buat pasukan dan beliau juga berjanji akan cuba beri yang terbaik bersama rakan-rakan yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN