Ketibaan Ramon Marcote Bukti Selangor Serius Mahu Cabar Dominasi JDT

Selangor terus tampil gah pada musim ini menerusi persiapan mereka, dengan terbaharu pasukan tersebut sah melantik Ramon Marcote dalam barisan kejurulatihan mereka.

Marcote yang sebelum itu pernah membimbing pasukan Kedah Darul Aman (KDA), sekali lagi akan membentuk kerjasama bersama Tan Cheng Hoe yang kini menjadi jurulatih utama Selangor.

Jurulatih yang berpengalaman dari Sepanyol itu sah dilantik selaku Ketua Pembantu Jurulatih kedua pasukan itu telah pun diperkenalkan secara rasmi sebentar tadi menerusi laman rasmi kelab tersebut.

“Marcote sebelum ini pernah bekerjasama bersama Ketua Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, pada tahun 2015 sebagai Jurulatih Kecergasan dan nama beliau sebenarnya amat sinonim di kalangan peminat pasukan Kedah Darul Aman.

“Pemilik lesen kejurulatihan UEFA Pro ini merupakan bekas pengendali skuad pembangunan Atletico Madrid pada tahun 2016/2017. Selain itu, beliau juga pernah membimbing skuad remaja kelab gergasi di Arab Saudi, Al Hilal bawah 15 tahun pada tahun 2021/2022 sebelum ke Ethnikos Achnas di Cyprus sebagai jurulatih,” jelas kenyataan tersebut.

Ura-ura mengenai Marcote akan menyertai Selangor bukan lagi suatu perkara baharu, setelah beliau pernah dikaitkan bersama pasukan tersebut menerusi media sosial sejak beberapa bulan lalu lagi.

Malah, menerusi temu ramah yang pernah kami buat secara eksklusif sebelum ini juga menyatakan pengendali tersebut seolah memberi bayangan awal untuk kembali menyertai Liga Malaysia (Liga-M).

Selain dikaitkan bersama Selangor, Marcote juga pernah dikaitkan bersama KDA sebelum pasukan itu sah melantik Nafuzi Zain sebagai pengendali utama mereka.

“Sudah pasti saya akan datang ke Malaysia jika menerima tawaran yang sangat menarik daripada mana-mana kelab.

“Sebelum itu saya perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai projek jangka masa panjang kelab sama ada bersesuaian atau tidak.

“KDA sudah tentu yang saya sangat suka. Mereka mempunyai bakat-bakat muda sesuai untuk terus diketengahkan jika diberi peluang.

“Tetapi saya tak menolak mana-mana pasukan lain yang berminat akan khidmat saya dan sebelum itu pun saya sudah membuktikan sesuatu positif dalam saingan Liga Malaysia,” cakap Marcote kepada kami dengan ceria.

Bersama Selangor, Marcote kini turut akan bekerjasama bersama Nidzam Jamil yang dikekalkan pasukan tersebut selaku pembantu jurulatih kepada Cheng Hoe.

Sesuatu yang sangat menarik sebenarnya untuk diperkatakan, kerana gandingan antara Cheng Hoe bersama Marcote sudah pun terbukti sebelum ini dengan KDA menjadi bukti kejayaan mereka pada musim 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN