KAFA & MQ Technology Berhad Tubuh TRW Sdn Bhd Urus Kelantan Musim Depan

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal memulakan semula era penswastaan pasukan Liga Premier musim 2020 mereka dengan rakan kerjasama baru, MQ Technology Berhad.

Berdasarkan penjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangi oleh KAFA dan MQ Technology semalam, kedua-dua entiti ini akan menubuhkan TRW Sdn. Bhd. Syarikat sendirian berhad ini akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus pasukan Kelantan di Liga Premier pada musim depan.

Menurut Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, modal sebanyak RM3 juta akan disuntik kepada TRW Sdn. Bhd. untuk memulakan operasi mereka. “KAFA memegang sebanyak 30 peratus saham dalam TRW Sdn Bhd, manakala 70 peratus lagi oleh MQ Technology Bhd,” katanya lagi menurut laporan Berita Harian.

Selain itu, Afandi turut berkata MQ Technology akan menyumbang RM200,000 lagi untuk membantu KAFA membayar gaji pemain pada musim ini. Menurutnya lagi, duit tersebut akan diagihkan kepada pemain sebelum perlawanan terakhir Liga Premier 2019 menentang UKM FC di Stadium Sultan Mohammad IV esok.

KAFA baru-baru ini mendapat angin kepimpinan baru berikutan perletakan jawatan bekas presiden kontroversi mereka, Bibi Ramjani Ilias Khan pada pertengahan bulan lepas. Perletakan jawatan Bibi menjadi kenyataan selepas berbulan-bulan menerima tekanan daripada bekas pemain dan penyokong Kelantan yang merasakan beliau gagal mencapai sasaran yang diletakkannya.

Sejak memimpin KAFA dari 18 September 2017, Bibi gagal menyelesaikan isu hutang lapuk dan tunggakan gaji pemain sepenuhnya. Kelantan juga berkali-kali pernah didenda oleh Malaysian Football League (MFL) atas kegagalan pengurusan mereka menghantar dokumen-dokumen pentadbiran.

Di atas padang, pengurusan Bibi gagal memberi inspirasi kepada pemain sehingga diturunkan dari Liga Super ke Liga Premier pada musim 2019. Malah Kelantan juga berisiko diturunkan ke Liga M3 selepas menghuni tangga kedua tercorot Liga Premier 2019 dengan perlawanan hanya berbaki satu perlawanan.

Susulan perletakan jawatan Bibu, KAFA kini dipimpin oleh presiden baru, Wan Abdul Rahim Bin Wan Abdullah yang juga merupakan Presiden Parti AMANAH Kelantan dan Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN