K. Devan Yakin Matheus Alves Boleh Gegar Liga Malaysia Sekali Lagi

Matheus Alves

Kehadiran bekas penggempur Pahang pada musim 2017, Matheus Alves membuktikan Negeri Sembilan cukup serius dalam memberikan cabaran hebat dalam pentas Liga Super musim ini.

Itu keazaman daripada ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan selepas gembira mendapatkan seorang penyerang yang terbukti berpengalaman di Liga Malaysia selain masih berada di tahap prestasi terbaik.

Beliau optimis Alves mampu memberi impak terhadap kualiti serangan Negeri Sembilan selain dibantu pemain-pemain tempatan seperti Zaquan Adha dan Sean Selvaraj.

‘Senjata Baharu NSFC’ – Matheus Alves Sedia Gegar Kembali Liga Malaysia

“Alves pernah bermain dengan Pahang pada musim 2017 dan jika kita melihat pada statistik semasa bermain di sana, banyak gol yang dia telah hasilkan.”

“Selepas itu dia ada pengalaman bermain dua musim di Thailand sebelum ke Korea Selatan, bermain untuk K-League 2 dan jelas dia masih berada di tahap terbaik.”

“Melalui jaringan-jaringan yang dihasilkan, saya lihat dia ada kualiti seorang penyerang yang dimahukan iaitu bertubuh besar, laju dan kuat dari segi fizikal.”

“Atas sebab itu, kami memilih Alves datang ke sini kerana bukan sahaja pengalaman bermain di Liga Malaysia tetapi berdasarkan keupayaannya beraksi di tahap kompetitif,” katanya.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Alves menjaringkan 18 gol pada saingan Liga Super untuk Pahang, berada di tempat kedua di belakang Mohamad Ghaddar yang muncul penjaring terbanyak pada musim itu dengan 23 gol.

Selepas meninggalkan Pahang, penyerang berusia 29 tahun itu pernah beraksi di Korea bersama Suwon di KLeague 2 sebelum ke Liga Thailand bersama Chonburi secara pinjaman di pertengahan musim.

Pada musim 2019, dia terus kekal di Thailand bersama PT Prachuap dengan musim berikutnya ke Police Tero dan musim lalu, dia sekali lagi ke Korea bersama Chungnam Asan di K-League 2.

Selain Alves, Negeri Sembilan turut menyambar semua import baharu bagi melengkapkan kuota lima pemain yang dibenarkan seperti Kossi Adetu (Ghana), David Omid Nazari (Filipina), Herold Goulon (Perancis) dan David Mawutor (Ghana).

“Kita mahu kekal lama di Liga Super kali ini, disebabkan itu kami buat keputusan hanya 12 pemain sahaja dari musim lalu dikekalkan.

“Sebahagian besar pemain baharu adalah yang berpengalaman beraksi di Liga Super serta semua pemain import adalah muka baharu.

“Kami di barisan kejurulatihan telah membuat kajian dan penyelidikan dalam pemilihan pemain import, bagi mendapatkan yang betul-betul boleh beri impak kepada pasukan,” katanya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN