K. Devan Anggap Negeri Sembilan Berjaya Beri Saingan Terbaik Untuk JDT

Pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan menyifatkan skuad kendaliannya dianggap berjaya memberi saingan terbaik kepada gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum itu Negeri Sembilan masih segar dengan kekalahan terbaharu mereka di tangan JDT, selepas pasukan tersebut ditumpaskan menerusi keputusan 0-2 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Dua jaringan terhasil menerusi bintang muda negara iaitu Feroz Baharudin serta Leandro Velazquez sudah cukup untuk mengesahkan tiga mata buat JDT pada perlawanan tersebut dan mengukuhkan kedudukan teratas carta liga.

Menerusi kekalahan tersebut, Devan menyifatkan keadaan Negeri Sembilan masih sangat baik dan mampu untuk memberi saingan terbaik kepada mana-mana pasukan selepas ini.

Ketika ini, Devan menyatakan Negeri Sembilan mempunyai kekurangan agak ketara berbanding JDT dan pasukan lain daripada segi pemain import untuk menghadapi setiap perlawanan.

Walaupun begitu, berkat semangat serta keyakinan tinggi dipamerkan oleh barisan pemain yang ada menjadikan mereka mampu menghadapi JDT dengan baik biarpun lawan tampil begitu baik di segenap sudut.

“Selain memiliki barisan serangan yang mantap, JDT juga mempunyai sekumpulan pemain yang lengkap dan boleh beraksi apabila diperlukan.

“Dengan sebahagian daripada pemain kita yang tidak cergas dan tidak dapat beraksi, sudah tentu ia memberi impak jentera pasukan, namun kekalahan 0-2 itu, menunjukkan kita berjaya memberikan saingan yang baik terhadap JDT.

“Ia suatu keputusan yang dikira baik dan saya percaya ini akan memberikan keyakinan kepada pemain dalam usaha membantu kita untuk persiapan menghadapi Kuala Lumpur (KL) City FC, 15 Julai nanti,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Devan juga berharap supaya beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan sebelum itu seperti Hafiz Ramdan, Tommy Mamat Bada, Zamri Pin Ramli dan Shahrel Fikry Md Fauzi, dapat segera pulih untuk memperkuatkan pasukan.

Tahun ini segalanya tidak begitu berjalan lancar buat Devan dalam mempersiapkan pasukan berbanding musim lalu yang dianggap antara detik terbaik buat Negeri Sembilan.

Menerusi rombakan baharu yang dibuat, Negeri Sembilan bermula dengan sedikit perlahan dan tidak konsisten dalam saingan Liga Super 2023, serta mendapat kritikan daripada segelintir penyokong Hoben Jang Hoben.

Walaupun begitu, Devan dilihat masih optimis mempersiapkan skuadnya untuk terus mengharungi baki saingan liga sehingga tamat dengan memperbaiki kedudukan semasa untuk tampil lebih baik.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN