Usaha AC Milan untuk mendapatkan penyerang baharu kini semakin menemui jalan penyelesaiannya.
Hal ini demikian kerana, Juventus dikatakan sudah bersetuju untuk melepaskan penyerang utama mereka iaitu Gonzalo Higuain kepada juara Eropah 7 kali itu.
Menurut koresponden Gianluca Di Marzio, satu pertemuan telah diatur oleh pihak AC Milan dan juga pihak Higuain untuk memeterai perpindahan pemain tersebut sebelum jendela perpindahan musim panas berakhir.
Namun begitu, pihak Higuain yang diwakili oleh abangnya yang bertindak sebagai ejen iaitu Nicolas tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh AC Milan.
Hal ini kerana, AC Milan memberikan tawaran sebanyak €20 juta untuk yuran meminjam Higuain pada musim ini.
Selain itu, mereka turut memberikan tawaran sebanyak €35 juta sebagai pilihan untuk membeli penyerang Argentina itu sebagai perpindahan tetap.
Menurut AC Milan, pihaknya akan cuba untuk menyakinkan Higuain yang perpindahan ini merupakan satu perpindahan yang baik untuk dirinya.
Hal ini kerana, AC Milan mahu menjadikan Higuain sebagai salah satu komponen untuk projek masa depan kelab tersebut.
AC Milan dijangka akan bertemu dengan Nicolas sekali lagi untuk berbincang mengenai potensi perpindahan ini.
Pertemuan ini dilihat sebagai satu pertemuan yang akan menentukan sama ada Higuain akan berhijrah ke San Siro itu bakal menjadi realiti atau tidak.
Setakat ini, Higuain sahaja yang sasaran perpindahan yang berpotensi tinggi yang boleh dicapai oleh AC Milan kerana satu lagi sasaran mereka iaitu Alvaro Morata dijangka kekal di Chelsea.