Piala Malaysia: MIFA Tak Letak Sasaran Tinggi, Mahu Dapat Pengalaman Pertama

K. Devan

Musim ini menyaksikan 2 pasukan yang membuat penampilan pertama kali dalam saingan unifi Piala Malaysia.

Salah satunya adalah pasukan 100 Liga Premier iaitu MIFA.

Mereka yang memperoleh slot ke Piala Malaysia selepas berjaya menamatkan saingan liga di tempat ketiga ingin meneruskan momentum yang dihasilkan mereka dalam saingan liga.

Menurut laman Berita Harian, pengendali mereka iaitu K. Devan berharap agar pasukannya dapat memberikan saingan sengit walaupun diundi dalam kumpulan sukar.

“Memang kami diletakkan dalam kumpulan yang paling mencabar yang di mana terdapat juara bertahan di dalamnya.”

“Namun ianya tidak akan menghadirkan rasa gentar kerana semua pasukan mempunyai peluang yang sama rata untuk memenanginya.”

Gambar: Malaysia Football League

Penampilan pertama MIFA di Piala Malaysia sememangnya sukar buat mereka apabila diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Kedah, Kelantan dan juga juara bertahan – Johor Darul Ta’zim.

Menurut Devan, pasukannya tidak meletakkan sebarang sasaran yang tidak wajar buat pasukannya pada Piala Malaysia kelak.

Sebaliknya, beliau cuma mengharapkan pasukannya dapat memperoleh pengalaman berharga beraksi di saingan tersebut buat kali pertama.

“Kami tidak meletakkan sasaran tinggi dalam merebut kejuaraan ini kerana ianya merupakan kali pertama kami bertanding.”

“Kami sedar yang Piala Malaysia ini lebih sukar berbanding saingan Liga Premier itu sendiri.”

MIFA bersama-sama FELDA United, Felcra FC, PDRM FA dan juga Sabah mewakili wakil dari Liga Premier dalam saingan Piala Malaysia kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN