Yerry Mina Mengaku Sering Kalah Pertaruhan Cabaran Sepakan Percuma Dengan Messi & Suarez

Nama Yerry Mina secara tiba-tiba naik dan menjadi tumpuan selepas aksi cemerlang beliau di Piala Dunia 2018.

Walaupun pada mulanya beliau mengalami karier yang perlahan bersama Barcelona, namun persembahan baik beliau termasuk rekod jaringan yang baik di Piala Dunia telah buatkan beliau kini menjadi buruan hangat.

Colombia

Mina jelas belum lagi menjadi pemain pertahanan tengah utama, namun beliau menjelaskan kehadiran beliau ke Barcelona cukup baik untuk dirinya.

Menurut laman Goal, kehadiran beliau di Barcelona telah membolehkan dirinya mempunyai hubungan baik bersama Luis Suarez dan juga Lionel Messi.

“Apabila saya sampai di Barcelona, saya mempunyai hubungan yang baik bersama-sama Luis Suarez dan juga Lionel Messi.”

Kata Mina, hubungan baik itu terjalin menerusi aktiviti yang mereka sering lakukan ketika di padang latihan.

Mina berkata mereka sering bertaruh dalam cabaran sepakan percuma yang sering menyaksikan Mina kalah kepada 2 pemain itu!

“Kami selalu bertaruh untuk lihat siapa yang melakukan sepakan percuma yang terbaik ketika sesi latihan.”

“Tapi saya perasan setiap hari saya hilang €50 kepada mereka dan fikir adakah saya sebenarnya bagi duit belanja kepada mereka untuk membeli belah?”

“Tetapi hakikatnya mereka adalah pemain yang hebat, mereka letakkan saja bola itu ke mana mereka mahu.”

“Mereka sememangnya adalah pemain yang cukup hebat.”

Mina kini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, Everton dan juga Olympique Lyonnais.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN