Manchester City Sedia Lepaskan Joe Hart Dengan Harga Serendah £5 Juta

Manchester City telah mengambil keputusan untuk memberikan potongan harga kepada sesiapa sahaja yang mahu mendapatkan khidmat Joe Hart untuk pasukan mereka.

Juara bertahan Premier League itu telah mengambil keputusan untuk meletakkan tanda harga sebanyak £5 juta sahaja untuk bekas penjaga gol England itu.

Menurut laman Mirror, keputusan itu dibuat sebagai salah satu langkah Manchester City untuk membantu karier pemain itu.

Hart sebelum ini adalah mengatakan yang beliau tidak lagi mahu untuk menghabiskan kontrak Manchester City beliau dengan satu lagi perpindahan pinjaman.

WIGAN, ENGLAND – JANUARY 27: Joe Hart of West Ham United looks on during the Emirates FA Cup Fourth Round match between Wigan Athletic and West Ham United at DW Stadium on January 27, 2018 in Wigan, United Kingdom. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Sebaliknya, beliau mahu berpindah secara tetap dari kelab itu.

Hart dikatakan mempunyai beberapa tawaran dari sekitar Eropah dengan kelab Fenerbahce dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau.

Walaupun Manchester City telah memilih untuk menurunkan harga Hart, pemain itu sendiri perlu mengambil inisiatif beliau sendiri untuk menurunkan permintaan gaji beliau.

Hal ini kerana, sebelum ini Hart pernah menarik perhatian Torino untuk mendapatkan beliau sebagai pemain tetap selepas mengharungi perpindahan pinjaman bersama kelab itu.

Namun begitu, Torino terpaksa melupakan Hart kerana permintaan gaji beliau yang tinggi dan tidak mampu ditunaikan oleh kelab Serie A itu.

Selain Torino, Hart pernah bermain secara pinjaman di West Ham United.

Namun begitu, beliau gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang untuk mendapatkan semula prestasi beliau yang terdahulu.

Hart menyatakan beliau tidak kisah beraksi di mana-mana liga, jadi ke mana beliau akan pergi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN