Bahana Socmed: Jurulatih Kemboja, Leonardo Vitorino Umum Letak Jawatan Menerusi Facebook

Socmed (media sosial) adalah satu platform yang sangat kuat hari ini. Sebelum ini kita mendengar di negara kita ada yang mengumumkan macam-macam perkara menggunakan media sosial.

Terbaru, ketua jurulatih skuad kebangsaan Kemboja, Leonardo Vitorino membuat kejutan apabila mengumumkan secara rasmi perletakan jawatan melalui laman facebooknya pada hari khamis lepas.

“Saya kini bukan lagi ketua jurulatih skuad kebangsaan Kemboja,” kata beliau melalui laman facebooknya.

 

 

Menurut kenyataan laman facebooknya, Leonardo telah membuat keputusan untuk keluar daripada Persatuan Bolasepak Kemboja dan memilih untuk mencuba angin baru di negara lain.

Leonardo dilantik sebagai ketua jurulatih kebangsaan Kemboja pada bulan Mac 2017 bagi menggantikan jurulatih dari Korea Selatan, Lee Tae-Hoon.

Sepanjang dibawah bimbingannya, Kemboja telah menunjukkan peningkatan dengan melakar kemenangan ke atas pasukan Afghanistan di halaman sendiri ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

Walaubagaimanapun, beliau gagal membawa skuad Kemboja U23 memenangi sebarang pingat dalam acara bola sepak Sukan SEA di Kuala Lumpur bulan lepas dimana mereka tewas dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Pengurusan skuad kebangsaan Kemboja kini sedang giat mencari pengganti beliau kerana Kemboja akan menghadapi satu lagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Jordan bulan depan.

Menurut Keila Daily, sebuah laman sukan dari Kemboja berkata pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Kemboja iaitu Kazunori Ohara akan jadi jurulatih buat sementara waktu.

Jurulatih yang berasal dari Jepun itu mempunyai pengalaman membimbing skuad kebangsaan Bhutan dari tahun 2012 hingga 2014.

Apa pandangan anda? Adakah ia satu cara yang baik untuk mengumumkan perletakan jawatan menggunakan facebook?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN