Analisis: Adakah Ozil Pemain Yang Diperlukan Manchester United?

Mesut Ozil dilaporkan sudah pun memberitahu beberapa rakan beliau akan hasratnya untuk bergabung semula dengan Jose Mourinho di Old Trafford.

Mesut Ozil dan Arsenal masih belum mecapai apa-apa persetujuan. Musim lalu, ejen Ozil dikatakan meminta £350,000 seminggu. Namun Arsenal menolak permintaan yang dianggap terlalu tinggi itu.

Selepas beberapa rundingan, Arsenal menawarkan £275,000. Ozil masih berkeras meminta jumlah yang beliau mahukan.

Kemudiannya, Arsene Wenger memberitahu semua peminat Arsenal yang beliau yakin Ozil akan kekal dengan The Gunners walaupun masih belum menandatangani apa-apa kontrak.

Bagi Wenger, beliau tidak panik, sebab jika Ozil menandatangani kontrak itu lambat sikit pun tidak mengapa.

Ozil pula memberitahu media bahawa, beliau melambat-lambatkan kontrak baru kerana mahu tahu sama ada Wenger kekal di Arsenal ataupun tidak.

Tidak lama selepas itu, Wenger setuju dengan kontrak lanjutan 2 tahun lagi di Emirates. Namun Ozil masih belum mempersetujui sebarang kontrak baru.

Musim ini, Ozil kelihatan gagal untuk menjadi pemain utama Arsenal dalam beberapa perlawanan. Ada beberapa pengulas dan legenda Arsenal sendiri menuduh Ozil sudah tidak ada hati bermain dengan Arsenal.

Hubungan Ozil dengan Jose Mourinho memang rapat. Beliau seringkali becerita tentang Mourinho. Ketika di Real Madrid, Mourinho menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain sayap tengah yang terbaik di dunia.

Ozil dan Manchester United bukanlah perkara yang asing untuk dibincangkan. Pada 2012, Wayne Rooney dengan terbuka memberitahu beliau mahu Alex Ferguson mendapatkan Mesut Ozil yang dilaporkan tidak akan kekal di Real Madrid.

Ozil kemudian menyatakan beliau dihubungi Wenger dan yakin Arsenal adalah pilihan yang paling tepat. Ozil menyertai Arsenal hanya dengan nilai perpindahan £12.4 juta.

Alex Ferguson memberitahu di dalam buku autobiografi beliau yang beliau tidak dapat menunaikan hasrat Rooney kerana isu taktikal dan peranan Ozil yang tidak ada dalam sistem beliau. Fergie menulis:

“Özil played wide right at Werder Bremen and then off the front in the second half of the season,” Ferguson wrote in his 2013 autobiography. “He was part of the great Under-21 team that then went to South Africa and played very well but had not been on our radar to have that type of player, a No.10 off the front.

“Saya menjelaskan kepada Waye Rooney, serahkan urusan jual beli pemain kepada saya.”

“Ozil bermain di sayap (wide) ketika dengan Werder Bremen. Namun pada separuh kedua musim, Ozil bermain di hadapan (no.10).”

“Ozil menjadi pemain penting dalam skuad B-21 Jerman di Afrika Selatan. Namun masalahnya, beliau tiada dalam radar kami kerana dia telah menjadi pemain no.10. Kami tidak perlukan pemain jenis itu ketika itu.”

 

Analisis peranan Ozil

Peranan yang dipegang Ozil adalah peranan yang sama dengan Henrik Mkhitaryan dan Juan Mata. Secara taktikalknya, Ozil bukanlah keperluan untuk United.

Henrik Mkhitaryan cemerlang pada musim ini dan menjadi pemain paling kreatif untuk United setakat ini. Namun begitu, United mungkin mencari pemain dengan kualiti yang sama untuk peranan no.10.

Kemasukan Ozil akan memberikan impak kepada pemain seperti Juan Mata. Intensiti permainan United yang ada sekarang memerlukan Ozil kembali semula kepada tahap terbaik beliau.

United sudah pun memiliki Henrik Mkhitaryan sebagai pemain utama untuk peranana itu dan kemudiannya Juan Mata sebagai pemain pilihan kedua.

Jadi, mungkin Juan Mata akan dilepaskan ke kelab lain selepas ini jika beliau mengharapkan lebih banyak bola sepak di United.

Berbalik kepada isu taktikal, United musim ini lebih rigidal dengan 4-3-3 dan kurang bermain dengan sistem 4-2-3-1.

Jadi, peranan pemain sayap tengah (central winger) itu tidak wujud dalam sistem 4-3-3 Mourinho. Jangan salah anggap. Sistem 4-3-3 boleh menggunakan peranan ini. Kerana sistem 4-3-3 boleh mewujudkan peranan no.10.

Tetapi Ozil adalah central winger yang suka bergerak ke sayap kiri secara progresif. Di kiri pemain seperti Rashford dan Martial nampaknya perlu belajar cara baru untuk bermain dengan pemain baka central winger.

Anda boleh baca penerangan peranan itu di sini: Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Adakah Mesut Ozil tambahan yang bagus kepada pasukan United? Secara teknikal dan taktikalnya ya!

Namun secara kewangan  (financial), ia nampak sedikit membazir jika United membayar £350,000 seminggu untuk pemain ini. Adakah United akan membayar jumlah yang tinggi untuk 2 pemain yang hampir sama peranan di satu peranan yang sama?

Paul Pogba dilaporkan menerima £290,000 seminggu. United baru sahaja mengeluarkan nama Rooney daripada senarai pasukan mereka. Pemain yang menerima £340,0oo seminggu bersama dengan United sebelum ini.

Atau, mungkinkah Ozil akan rela menerima gaji yang lebih rendah daripada yang diminta beliau di Arsenal untuk menyertai Manchester United?

Arsenal tak rela Ozil ke United!

Daily Mirror melaporkan yang Arsenal akan cuba memastikan Ozil tidak akan menyertai seteru mereka Manchester United.

Jadi, banyak potensi akan berlaku. Pasukan seperti Inter Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ozil. Begitu juga dengan PSG.

Jadi, Ozil mungkin akan dijual ke kelab lain den gan harga yang jauh lebih rendah pada Januari ini.

Jika Arsenal tidak menjual Ozil pada Januari dan pemain itu tidak menandatangani kontrak baru, beliau akan menjadi pemain dengan status ejen bebas.

Pada pra-musim yang lalu Arsene Wenger lebih tegas dalam isu menghalang pemain marquee berpindah ke kelab seteru dalam EPL.

Alexis Sanchez tidak dijual ke Manchester City meskipun ada bidaan dari £45 juta kepada £65 juta dilakukan oleh Pep Guardiola.

Rujukan

1. Manchester Evening – http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/transfer-news/man-utd-news-mesut-ozil-13787334

2. Mirror – http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/arsenals-mesut-ozil-confident-manchester-11372776

3. Metro – http://metro.co.uk/2017/10/20/arsenal-trying-to-block-mesut-ozils-wish-of-joining-manchester-united-7013805/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN