“Jurulatih Penipu” – Itulah antara komen yang boleh anda dapati di akaun Instagram rasmi Melaka United selepas kelab itu mengumumkan Risto Vidakovic sebagai ketua jurulatih baharu pada hari ini.
Jurulatih daripada Bosnia dan Herzegovina berusia 53 tahun itu sah didatangkan oleh Melaka United pada hari ini untuk menggantikan Zainal Abidin Hassan yang telah membimbing pasukan itu sejak tiga musim yang lalu.
Pengumuman mengejutkan?
Bagaimana pun pengumuman oleh Melaka United sebentar tadi mengejutkan bola sepak Indonesia, khususnya penyokong Borneo FC.
Ini kerana Vidakovic secara tiba-tiba meletak jawatan sebagai pengurus kelab Liga 1 Indonesia itu selepas hanya dua perlawanan musim baharu bermula.
Dalam dua perlawnaan tersebut, Borneo FC merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Barito Putera pada hari pembukaan musim baharu, sebelum tewas tipis 0-1 kepada Persib Bandung empat hari yang lalu.
🚨⚠️ | Dalam sepekan, dua pelatih klub Liga 1 mundur. Setelah pelatih Persija, Angelo Alessio, diberhentikan manajemen, kini giliran pelatih Borneo FC, Risto Vidakovic, mundur. Beda dengan Alessio, Vidakovic mundur dengan alasan pribadi yakni khawatir virus omicron merebak kuat. pic.twitter.com/rJrvLnQuPl
— Bola Abis (@bola_abis) January 20, 2022
Untuk rekod, Vidakovic hanya dilantik sebagai pengendali kelab yang berpengkalan di Borneo itu pada Oktober tahun lalu.
Bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu kemudiannya dilaporkan meninggalkan Borneo FC tidak sampai 48 jam yang lalu dengan alasan mahu berada lebih dekat dengan keluarga – disangka akan kembali ke negaranya – disebabkan keadaan pandemik yang tidak menentu di seluruh dunia.
Dan secara tiba-tiba pada hari ini, Vidakovic diumumkan sebagai pengendali baharu Melaka United, menyebabkan media Indonesia dan penyokong Borneo FC khususnya mempersoalkan tindakan jurulatih itu sebelum ini.
Jurulatih pembohong
Disebabkan situasi tersebut, akaun Instagram rasmi Melaka United dibanjiri dengan komen-komen daripada penyokong Indonesia yang menuduh Risto Vidakovic sebagau penipu.
“Jurulatih penipu, tak profesional kontrak,” tulis salah seorang penyokong dikenali sebagai arddaf.
“Pelatih yang katanya profesional,” ungkap samarindafans pula. Tidak kurang juga yang bernada sarkastik bertanyakan kesihatan semasa jurulatih tersebut.
Kmaren out dari Borneo karna alasan Covid dan mau deket sm keluarga..
Mungkin keluarganya ada di Malaysia ya 😅
Anyway, selamat melanjutkan karir di MSL, coach! https://t.co/8kMW7zK8Km
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) January 22, 2022
Malah ada yang cuba bersangka baik, bertanggapan berkemungkinan keluarga Vidakovic sebenarnya berada di Melaka menyebabkan ia mempengaruhi keputusan jurulatih itu untuk melatih Melaka United.
Sehingga kini, tiada kenyataan oleh Vidakovic mengenai isu dan alasan yang seperti ‘dibuat-buat’ ini. Sudah tentu, hanya beliau sendiri yang boleh menjelaskan perkara sebenar.