Risto Vidakovic Ambil Alih Melaka United Disaat ‘Solidariti’ Pemain Bersama Zainal Abidin

Melaka United Zainal Abidin Hassan 2022 Risto Vidakovic

Selepas tiga musim membimbing Melaka United, akhirnya ‘jodoh’ pengendali, Zainal Abidin Hassan bersama Melaka United terlerai dan ini telah menyaksikan kemasukkan pengendali baharu mereka, Risto Vidakovic.

Sepanjang tiga musim bersama skuad Hang Tuah, tiada kejayaan yang dapat menjulang namanya selaku pengendali berjaya, namun menjadi antara semifinalis Piala Malaysia 2021 adalah pencapaian terbaiknya.

Ia telah menyamai pencapaian 38 tahun lalu Melaka United apabila mara ke separuh akhir piala berprestij itu sebelum langkah mereka direncatkan oleh juara edisi tersebut, KL City FC di peringkat separuh akhir – tewas dalam penentuan sepakan penalti. Namun, ia sudah cukup buatnya untuk dikenang sebagai pencapaian terbaik.

Selepas kerap kali dikhabarkan akan disingkirkan, namun tetap kekal mengendalikan pasukan yang ada rekod masalah gaji tertunggak, semangat dan komitmen Zainal Abidin untuk terus berkhidmat, wajar diberikan kredit.

Bukan mudah membawa pasukan yang bermotivasi ‘rendah’ akibat masalah dalaman yang tiada kesudahan.

Bak kata akhirnya selepas isu tunggakan gaji selesai, beliau meletak sepenuh kepercayaan kepada pengurusan Melaka United disamping terus memberikan yang terbaik dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

Isu Tunggakan Gaji: Terima Kasih Melaka United & Syabas Para Pemain Berani Tampil

Memetik ucapannya di laman sosial pasukan, “Kami di dalam pasukan sedar dan memahami dengan keadaan yang dihadapi kelab ketika itu sehingga timbul isu tunggakan gaji para pemain dan pegawai pasukan, namun segalanya dapat diselesaikan sehingga akhirnya kami telah menerima keseluruhan gaji yang tertunggak.”

“Sekali lagi saya mewakili pasukan Melaka United musim 2021 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Wira Justin, kakitangan kelab, KenTEAM, para penaja, penyokong serta semua pihak yang terlibat sepanjang perjalanan kami membawa nama Melaka United FC bersaing dalam Liga Malaysia musim lalu.

“Akhir kata saya mendoakan semoga Melaka United FC akan lebih berjaya pada masa akan datang,” ungkapan yang boleh dikatakan sebagai ucapan perpisahannya yang telah dimuat naik pada pertengahan Januari lalu.

Para pemain juga selepas itu dilihat memberikan kredit kepadanya antaranya tonggak pertahanan, Razman Roslan yang dipetik berkata kepada Stadium Astro yang pemain pilih untuk kekal musim hadapan berpunca daripada jaminan pengurusan pasukan yang Zainal Abidin akan kekal membimbing skuad Hang Tuah.

Ujarnya, “Saya pun tidak pasti apa keputusan daripada pihak pengurusan tetapi apa yang pasti, kebanyakan pemain yang menyambung kontrak [sebab] difahamkan bahawa Zainal masih lagi akan menjadi jurulatih.”

“Jadi, ia menjadi sebab ramai pemain menolak banyak tawaran pasukan lain untuk bersama Melaka United.

“Bagi saya, tiada masalah sebenarnya kerana sejujurnya, saya tidak lagi mahu bermain bola sepak musim ini. Cuma kasihan kepada pemain lain yang menolak tawaran daripada pasukan lain selepas mendapat tahu bahawa Zainal masih akan disambung kontrak,” ungkap pemain yang telah bersama pasukan sejak 2019.

Sebentar tadi, Melaka United telah mengumumkan ‘perpisahan’ Zainal Abidin dan kemasukkan pengendali baharu, Risto Vidakovic yang pernah mengendalikan beberapa pasukan di rantau Asia Tenggara misalnya Borneo FC (Liga 1 Indonesia), Ceres-Negros (Filipina) dan juga penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN