Melihat ketandusan piala pasukan Tottenham Hotspur (Spurs) saban tahun, maka timbul persoalan jurulatih mana yang boleh membantu pasukan ini untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala untuk diletakkan di almari mereka sebagai tatapan peminat?
Jurulatih silih berganti, pemain pergi serta datang dari pelbagai kelab namun tidak tahu di mana silapnya sehingga begitu sukar untuk muncul juara dalam satu-satu kejohanan.
Pemain yang beraksi bersama pasukan ini pula bukanlah biasa-biasa sebaliknya mereka yang mempunyai reputasi begitu besar bersama negara atau kelab sebelumnya.
Pemain paling mencuri tumpuan adalah Harry Kane. Seorang pemain yang mempunyai nama cukup besar dan ketajaman di depan gol dan memilih untuk kekal setia bersama Spurs tetapi sayang masih gagal untuk menjadi salah seorang yang pernah rasa erti kejuaraan.
Takkan hendak menang bersama England? Jauh lagi tu.
Andai kata beliau mengambil pendekatan berpindah ke pasukan lain, sudah pasti pemain berusia 29 tahun ini boleh swafoto sambil gigit pingat berwarna emas. Kalau dulu sertai Manchester United pun, sekarang mesti dah ada gelaran juara.
Spurs bukanlah pasukan terlalu teruk kerana mereka beberapa kali berjaya layak ke pentas akhir namun rezeki seakan-akan sukar untuk memihak kepada pasukan tersebut.
Biarpun bawa dua jurulatih terhebat dalam karier mereka pun gagal membantu Spurs untuk menang piala.
Partout où ils sont passés en club, José Mourinho et Antonio Conte ont au moins remporté un trophée… sauf à Tottenham 😮💨🤷🏻♂️ pic.twitter.com/erkf3BsknV
— Instant Foot ⚽️ (@lnstantFoot) March 29, 2023
Jose Mourinho atau lebih dikenali dengan ‘The Special One’ kerana pergi sahaja mana-mana pasukan, biasanya satu piala dalam dakapan pasukan tersebut. Sama juga seperti Antonio Conte yang mempunyai kepakaran terhadap pasukan yang dibimbingnya.
Namun sentuhan magis mereka terhadap Spurs seperti tidak berkesan dan gagal membantu kelab ini menang apa-apa kejuaran meskipun telah melakukan pelbagai usaha.
Oleh yang demikian, siapakah yang layak membimbing pasukan yang berpengkalan di London ini? Atau sememangnya sudah tertulis Spurs hanya sebuah pasukan yang hadir untuk memberi cabaran kepada pasukan lain tetapi tidak berminat untuk memenangi kejuaraan?
None of Tottenham's last seven managers have led the club to a trophy 🏆💭
❌ Harry Redknapp
❌ Andre Villas-Boas
❌ Tim Sherwood
❌ Mauricio Pochettino
❌ Jose Mourinho
❌ Nuno Espiritio Santo
❌ Antonio Conte pic.twitter.com/U3aHnZWofW— ESPN FC (@ESPNFC) March 27, 2023
Melihat kembali beberapa jurulatih selain Mourinho dan Conte, boleh dikatakan mereka ini juga individu yang bagus namun mengalami nasib yang sama.
Ia seperti satu sumpahan kepada pasukan tersebut dan tidak tahu sampai bila ia akan terhenti.