Jurgen Klopp Memuji Hasil Kerja Mikel Arteta Bersama Arsenal

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tampil memuji pengendali Arsenal, Mikel Arteta menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam saingan Premier League di Anfield esok.

The Gunners bakal berkunjung ke Anfield dalam misi mereka mahu mengutip tiga mata penuh, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu saingan liga.

Arteta jelas sekali sangat berharap agar anak-anak buahnya akan mampu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut, apa lagi selepas melihat rekod buruk mereka di Anfield sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Liverpool sendiri sementara itu turut sangat terdesak mahu menewaskan Arsenal dalam perlawanan tersebut, dalam usaha mereka mahu memburu kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.

Kedua-dua pasukan tentu saja akan melakukan segala yang mereka mampu untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Menjelang aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan, Jurgen Klopp tampil menghamburkan pujian yang menggunung kepada Mikel Arteta atas hasil kerjanya di Emirates.

Bercakap kepada Liverpool Echo, Jurgen Klopp mengakui yang beliau sangat teruja melihat hasil kerja Mikel Arteta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Mikel Arteta sudah melakukan kerja itu untuk tempoh beberapa tahun sekarang, hasilnya sangat menakjubkan.”

Jelas pengurus Liverpool itu.

“Saya tak begitu tahu apa yang boleh kamu katakan tentang kami pada ketika ini, jadi itu boleh beri bagi gambaran tentang situasi sekarang.”

“Ia masih Anfield, kami di rumah dan kami masih perlu buktikan sesuatu dan tunjukkan peningkatan.”

Klopp kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Saya tahu semua pengurus meminta sedikit masa dan saya rasa Mikel berhak untuk mendapatkan setiap minit ketika segalanya tidak memihak beliau kerana mereka sudah berada di sana sekarang.”

“Mereka melakukan yang terbaik dalam pembelian pemain, agak stabil, mereka beli pemain-pemain yang sangat penting walau tak ramai.”

Arteta dikatakan kini sudah berjaya membina skuad yang hampir persis seperti apa yang pernah Klopp bina di Anfield sebelum ini.

Dan ketika Arteta kini sedang menuai hasil, Klopp pula sementara itu sedang bergelut untuk membina semula skuadnya yang sedang bermasalah pada ketika ini.

Liverpool kini sedang dalam usaha mereka untuk memburu kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga, dengan Arsenal pula sedang bersaing untuk merampas gelaran Premier League dari Manchester City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN