Jurulatih Arab Saudi Ucap Tahniah Kepada Malaysia, Beri Sebab Kenapa Mereka Kalah

Tahniah dan selamat maju jaya, itulah kata-kata penuh semangat kesukanan oleh jurulatih Arab Saudi, Daniel Teglia yang melihat pasukan beliau dikejutkan pasukan bukan pilihan Malaysia dalam perlawanan sebentar tadi.

Daniel Teglia merasakan yang Malaysia berhak menang perlawanan ini kerana anak-anak buah beliau tidak memanfaatkan peluang.

Menurut Teglia, Arab Saudi tak boleh mencari kesalahan orang lain sebaliknya hanya diri mereka sendiri. Mana tidaknya, dengan penguasaan bola yang sangat banyak dan peluang yang banyak, mereka gagal melakukan sesuatu yang lebih baik.

AFC B-23

“Semua orang melihat bagaimana Malaysia mencipta peluang gol yang sangat terhad dalam perlawanan ini, hanya satu dalam tempoh sepanjang perlawanan.”

(nota editor: Sebenarnya 2 peluang gol dicipta Malaysia)

Beliau menepis kenyataan yang merasakan pemain-pemain beliau dalam tekanan selepas ketinggalan.

“Kami tidak tertekan, kami tenang tetapi masalah utama kami adalah tidak mampu menyempurnakan peluang gol yang kami cipta. Saya akui ada beberapa ketika kami hilang bola kerana hantaran lemah.”

Beliau kemudia mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan berharap Harimau Muda akan berjaya dalam pusingan seterusnya.

“Dengan ini, saya mahu menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Malaysia dan saya berharap yang terbaik untuk mereka.”

Malaysia akan berhadapan dengan juara kumpulan D pada pusingan suku akhir yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN