Dominic Tan vs Arab Saudi, Ini Laporan Prestasi Dari Kami

Dominic Tan memulakan perlawanan untuk kali ke-3 berturut-turut dalam kejohanan ini. Agak merisaukan selepas dalam perlawanan sebelum ini Dominic beberapa kali mengalami kesakitan.

Posisi

Dominic bermain sebagai bek tengah kanan dalam sistem bek bertiga ataupun rantaian berlima.

Jika dalam perlawanan pertama beliau masih lagi mencari rentak, pada perlawanan kedua, Dominic boleh dikatakan pertahanan terbaik Malaysia ketika mendapat 1 mata penting menentang  Jordan. Beliau melakukan 4 hadangan, 2 daripadanya hadangan penting untuk menafkan gol lawan.

Dominic vs Arab Saudi

Dominic sekali lagi menjadi tunjang kepada pertahanan Malaysia di dalam perlawanan ini. Beliau melakukan siri hadangan dan pintasan.

Ketenangan di barisan belakang menjadi kunci utama beliau untuk mengelak daripada melakukan foul yang membawa padah. Beliau juga terlibat dalam satu aksi di kawasan lawan ketika permainan terbuka.

Statistik

Dominic Tan bermain untuk 90 minit pada hari ini. Dominic melakukan 12 clearances dalam perlawanan ini. 6 daripadanya adalah dalam kotak penalti.

Beliau juga melakukan 3 pintasan, 1 daripadanya di dalam kotak penalti.

Dominic turut melakukan 11 hantaran, 9 daripadanya adalah tepat. Menjadikan ratio ketepatan hantaran adalah 82%.

Penilaian

Ini adalah graf prestasi yang luar biasa daripada pemain ini. Jelas dia cepat meningkat dengan minit perlawanan yang lebih banyak.

Beliau mampu mengawal kawasan dan garisan pertahanan beliau dengan baik dan boleh melakukan duel. Kami berharap pemain ini akan terus dibangunkan sebaik mungkin pada musim 2018.

Aksi cemerlang yang wajar diberikan kredit. Begitu juga dengan pencapaian berpasukan pasukan muda B-23 kita yang mencipta sejarah mara ke suku akhir dalam penyertaan pertama kita dalam kejohanan ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN