Quantcast

BERITA

Jurgen Klopp Terima Hukuman Daripada FA England

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England selepas pengendali dari Jerman itu memasuki padang untuk meraikan gol pada saat-saat akhir ketika pasukannya menentang Everton dalam perlawanan derby Merseyside, Liga Perdana Inggeris, semalam.

Klopp didapati meraikan jaringan Divock Origi secara berlebih-lebihan pada minit ke-96, setelah penyerang itu yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, dengan berlari memeluk Alisson Becker ke dalam padang.

Beliau, bagaimanapun, memohon maaf di atas tindakannya itu selepas kemenangan 1-0 di Anfield, tetapi, FA mengumumkan Klopp akan tetap didakwa ekoran melakukan kesalahan tersebut.

Pengurus berusia 51 tahun itu mempunyai tempoh sehingga Khamis ini untuk menjelaskan situasi berhubung pertuduhan tersebut.

“Sejurus selepas permainan, saya meminta maaf kepada (pengurus Everton) Marco Silva ketika kami berbual. Saya memberitahunya betapa saya menghormati kerjanya. Apa yang boleh saya katakan? Saya tidak merancang untuk berlari ke dalam padang.

“Tetapi keadaan tersebut memang sangat sukar untuk dihalang. Ia satu tingkah laku yang tidak bagus, tetapi semuanya telah terjadi,” kata Klopp ketika ditemui selepas perlawanan.

Silva bagaimanapun menafikan permohonan maaf daripada bos Liverpool itu.

“Secara jujur, saya tidak nampak (mohon maaf) jadi saya tidak tahu apa yang dia lakukan dan bagaimana dia buat,” ujar Silva.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!