Quantcast

BERITA

Tujuh Muka Baharu Perkuatkan PKNS FC Musim Depan

Skuad PKNS FC hampir lengkap sepenuhnya apabila mereka mengumumkan kemasukan 7 pemain baharu yang berpengalaman bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Namun begitu, hanya 6 pemain yang diumumkan secara rasmi di laman sosial PKNS FC dan pemain yang ketujuh akan diumumkan dalam masa terdekat selepas beliau selesai tugasan bersama skuad kebangsaan.

Antara pemain baharu itu termasuk Nicholas Ryan Swirad (pertahanan tengah), Tommy Mawat Bada (pemain sayap), Muhammad Ariff Farhan (pemain tengah), Mohamad Fandi Othman (pertahanan kiri) dan Mohd Farhan Abu Bakar (penjaga gol).

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal turut berjaya memancing pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 (ABK18) kategori penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Super, Shafiq Shaharudin untuk mengisi kekosongan itu.

7 PEMAIN BARU PERKUATKAN SKUAD SEMUT MERAH7 pemain baru direkrut oleh PKNS FC dengan 6 pemain diumumkan seperti…

Posted by PKNS FC on Tuesday, December 4, 2018

Seorang lagi pemain baharu kini bersama skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe dan sedang menghadapi aksi separuh akhir kedua Piala AFF menentang Thailand di Bangkok.

Begitupun, menurut sumber yang boleh dipercayai, bekas tonggak Kedah, Akram Mahinan adalah calon yang dimaksudkan untuk mengisi bahagian di posisi tengah bertahan.

11 pemain lama dikekalkan

11 pemain musim 2018 dikekalkan untuk musim baru dan seorang pemain memilih untuk bersara serta berhijrah ke…

Posted by PKNS FC on Monday, December 3, 2018

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan kelab itu juga, empat kuota import turut akan diumumkan kemudian selepas Romel Morales Ramirez saja dikekalkan daripada skuad musim lalu.

“Pengurusan PKNS FC telah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim 2019 dengan merekrut beberapa pemain yang sesuai mengikut falsafah dan taktikal Datuk K Rajagobal.

“Proses perundingan dijalankan secara teliti bagi menghormati kontrak pemain dengan pasukan asal.

“Dengan kemasukan tujuh pemain baru dan 11 pemain yang dikekalkan serta empat pemain import menjadikan skuad Liga Super PKNS FC mempunyai 21 pemain,” kata kenyataan itu.

Malah, untuk memastikan produk dari Akademi PKNS FC diberi peluang merasai bahang saingan liga utama negara, beberapa pemain berpotensi daripada Piala Belia dan Presiden akan dinaikkan pangkat antaranya pertahanan tengah skuad bawah 19 negara, Shivan Pillay Asokan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!