Jurgen Klopp Tak Sabar Tunggu Jendela Perpindahan Ditutup

Jurgen Klopp tak sabar menanti jendela perpindahan musim panas ditutup agar beliau dan semua pihak boleh memberi tumpuan kepada skuad sedia ada.

Ketika pasukan-pasukan lain sedang seronok berbelanja sakan, Liverpool yang ketika ini sedang berdepan masalah di posisi midfield sepertinya tidak minat untuk masuk ke pasaran pemain.

Selepas kejayaan The Reds mendapatkan Fabio Carvalho, Calvin Ramsay dan Darwin Nunez, mereka sepertinya sudah tidak lagi berusaha mencari pemain baru.

Hal itu jelas sekali mencetuskan kebimbangan peminat kerana mereka sedar barisan pemain midfield Liverpool pada ketika ini sangat bermasalah.

Melihat Liverpool memulakan kempen saingan musim ini dengan agak mengecewakan, para peminat semakin risau The Reds tak mampu mengakhiri saingan musim ini di tempat lebih baik.

Dua seri, satu kalah dan satu kemenangan dari empat perlawanan pertama bukanlah satu hal yang baik untuk pasukan yang hampir memenangi gelaran quadruple pada musim lalu itu.

Ditambah dengan krisis kecederaan pemain yang sedang mereka hadapi, para peminat semakin berharap agar pihak kelab mendapatkan pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup.

Thiago Alcantara, Naby Keita, Oxlade Chamberlain, Curtis Jones terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan hal itu menyebabkan Jurgen Klopp pening kepala untuk memastikan barisan tengah beliau boleh berfungsi dengan baik.

Sebelum aksi kemenangan 9-0 bertemu Bournemouth, Jurgen Klopp telah mendedahkan yang beliau sangat berharap agar mampu mendapatkan seorang pemain midfield sebelum jendela perpindahan ditutup.

Walau bagaimanapun, selepas mencatatkan kemenangan besar bertemu Bournemouth, beliau kini menganggap yang skuadnya tidak memerlukan pemain baru.

Klopp bahkan berharap agar jendela perpindahan segera ditutup supaya semua pihak tidak lagi berfikir tentang perpindahan pemain dan boleh beri tumpuan kepada skuad sedia ada.

“Saya sangat gembira ia hampir berakhir dan kita boleh bagi tumpuan kepada skuad yang kita ada. Hadapi situasi yang kita ada bersama.”

“Penyokong kita sangat aktif di media sosial jadi mereka boleh berhenti lakukan semua itu. Kita sudah ada skuad bola sepak yang terbaik.”

Para penyokong Liverpool kini sedang hangat mendesak pihak kelab supaya mendapatkan pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup.

Bahkan ada antara mereka yang kini turut mendesak pihak kelab supaya menjual Liverpool kepada pemilik baru yang lebih berminat mahu memajukan kelab dari Merseyside itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN