Mengapa Penyokong Liverpool Tak Patut Gembira Atas Kemenangan Bertemu Bournemouth

Para penyokong Liverpool jelas sekali sangat gembira pada ketika ini selepas kelab kesayangan mereka berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Premier League musim ini.

Selepas mencatatkan dua keputusan seri dari dua perlawanan awal bertemu Fulham dan Crystal Palace, kem Liverpool terpaksa akur mencatatkan kekalahan bertemu pasukan seteru utama mereka, Manchester United.

Memandangkan Diogo Jota pada ketika ini terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan, dan ditambah pula dengan Darwin Nunez terpaksa menjalani hukuman penggantungan tiga perlawanan, Liverpool jelas sekali mempunyai masalah di bahagian serangan mereka.

Walau bagaimanapun, kehadiran pemain seperti Mohamed Salah, Luis Diaz, Roberto Firmino sedikit sebanyak membantu The Reds untuk meneruskan aksi pada musim ini ketika ketiadaan Nunez dan Jota.

Namun begitu, di posisi midfield, Liverpool jelas sekali sedang berdepan masalah besar dengan beberapa pemain utama mereka terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan pemain yang tersedia sepertinya sudah terlalu berusia dan tak boleh memberikan yang terbaik.

Oxlade Chamberlain, Naby Keita, Thiago Alcantara dan Curtis Jones terpaksa diketepikan pada ketika ini kerana sedang dibelenggu masalah kecederaan.

Liverpool sepertinya perlu bergantung kepada Fabinho, Jordan Henderson dan Harvey Elliott di posisi midfield dan James Milner dan Fabio Carvalho akan menjadi pemain back up kepada pemain utama mereka.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1562084766551343107?s=20&t=M09_HU5mtVIPgH9KnfDcCw

Jelas sekali Liverpool sangat-sangat memerlukan pemain midfield baharu sebagai persiapan untuk mereka meneruskan aksi pada musim baharu ini.

Seandainya Fabinho tak dapat bermain, ia bakal memberi masalah yang besar kepada skuad Liverpool dan kerana itu para peminat sangat berharap pihak kelab akan membawa masuk seorang pemain midfield baru pada musim panas ini.

Kemenangan besar bertemu Bournemouth semalam sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh menyebabkan peminat berfikir Liverpool sudah kembali.

Mengapa penyokong tak patut gembira atas kemenangan besar bertemu Bournemouth?

Kemenangan semalam sepertinya akan menyukarkan lagi untuk pemilik kelab mengeluarkan dana bagi membantu Klopp mendapatkan pemain baru.

Memandangkan pemilik Liverpool sebenarnya lebih kedekut berbanding pemilik kelab lain, maka melihat kemenangan semalam sudah memberi satu kelegaan kepadanya.

Beliau mungkin akan semakin yakin yang Jurgen Klopp akan tetap mampu hasilkan sesuatu dengan skuad sedia ada dan tidak perlu mendapatkan pemain baru.

Lihat saja apa yang berlaku pada musim 2020/21, jika bukan kerana kebijaksanaan Klopp, Liverpool tak mungkin akan mengakhiri saingan Premier League dikelompok empat teratas.

Liverpool pada ketika itu sedang berdepan masalah kekurangan pemain di posisi pertahanan selepas Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

https://twitter.com/FootyInvestiga2/status/1563523021981110272?s=20&t=M09_HU5mtVIPgH9KnfDcCw

Pemilik kelab sukar untuk mengeluarkan dana bagi mendapatkan pemain baru dan hanya membawa masuk Ozan Kabak sebagai pemain pinjaman pada jendela perpindahan Januari bersama Ben Davies.

Kedua-dua pemain itu juga tidak boleh diharapkan dengan Liverpool pada ketika itu terpaksa menggunakan khidmat Jordan Henderson dan Fabinho untuk bermain di posisi center back.

Selepas kedua-dua Fabinho dan Henderson juga terpaksa diketepikan, Liverpool bergantung sepenuh harapan mereka kepada gandingan Nat Phillips dan Rhys Williams.

Musim ini, Jurgen Klopp sendiri sudah mengumumkan yang beliau memerlukan pemain midfield yang baru sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemilik kelab turut akur untuk mengeluarkan dana bagi mendapatkan pemain baru selepas melihat The Reds tewas di tangan Man United kemarin.

Walau bagaimanapun, melihat kelabnya mampu mencatatkan kemenangan besar bertemu Bournemouth malam semalam dengan menggunakan pemain sedia ada, pemilik Liverpool mungkin tidak akan mengeluarkan dana tambahan pada musim panas ini.

Seandainya Liverpool tidak membawa masuk pemain baru, maka ia bakal memberi masalah kepada Jurgen Klopp apa lagi selepas melihat jadual mereka yang sangat padat pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN