Bergson Mampu Lakar Rekod Baharu & Kontraknya Hanya Berbaki 3 Bulan Lagi?

Bergson da Silva JDT kontraknya 2022

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva sedang meniti ke baki tiga bulan terakhir kontraknya dan apa nasibnya bersama pasukan nanti?

Berpandukan laman Transfermarkt, kontrak Bergson bersama JDT akan berakhir pada hujung November 2022 berbanding rakan gandingannya, Fernando Forestieri yang masih berbaki sehingga November 2023. Duo ini menjadi mimpi ngeri lawan dalam pentas saingan Liga Malaysia 2022.

Bergson menyertai Harimau Selatan secara tetap pada tahun lalu dengan nilai pembelian yang dianggarkan sebanyak US$400,000 (RM1.6 juta).

Bergson yang sentiasa laparkan gol

Beliau boleh dianggap sebagai pembelian berbaloi buat JDT apabila mempamerkan prestasi yang baik di saingan domestik mahupun antarabangsa. Prestasinya dijawab dengan jumlah jaringannya.

Musim ini sahaja, beliau telah meledak 20 jaringan dalam 13 penampilan. Berbaki tujuh perlawanan, beliau mampu melakar lebih lagi gol selepas ini.

Baru-baru ini, Bergson telah merekodkan hatrik pertamanya dalam saingan Liga Super musim ini ketika mereka berjaya mengatasi Melaka United 4-0.

Hatriknya itu bermaksud beliau berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga musim ini selepas tewas kepada pesaing terdekat, penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun pada musim lalu.

Persaingan Ifedayo vs Bergson, Siapakah Yang Akan Kecundang Kerana Tekanan?

Musim lalu, beliau melakar 23 gol dalam 20 penampilan di Liga Super – 30 jaringan dalam 33 penampilan dalam semua pertandingan. Menakjubkan!

20 golnya musim ini jauh mengatasi pesaing terdekat seperti Forestieri yang meledak 13 gol dan penyerang Selangor, Caion yang meledak 11 gol.

Mampu pecah rekod dipegang Ifedayo?

Adakah beliau boleh mengatasi rekod yang dilakar oleh Ifedayo pada musim lalu iaitu 26 gol? Melihat momentumnya pada saat ini, sudah tentu boleh.

Menurut seorang wartawan senior, Lee Seng Foo yang juga merupakan bekas Editor FourFour Two dan kini bersama Stadium Astro, Bergson mampu memintas rekod yang dipecah dan kini dipegang oleh Ifedayo.

Graf jaringan penyerang JDT itu dilihat lebih baik berbanding graf Ifedayo musim lalu dan Mohammed Ghaddar – penjaring terbanyak pada 2017.

Namun, dengan berbaki tiga bulan kontraknya, tentunya ia sedikit sebanyak meresahkannya. Adakah kudratnya masih diperlukan pasukan pada musim hadapan? Ditambah pula dengan khabar angin sebelum ini tentang bekas penyerang JDT yang dikaitkan bakal kembali semula, Juan Martin Lucero.

Setakat ini, masih belum ada sebarang pengumuman tentang kontrak baharu untuk Bergson dan tentunya semua ternanti-nantikannya.

Prestasi Bergson sudah melayakkannya untuk kontraknya dan tentunya pengurusan JDT sedang berusaha yang terbaik untuk mengekalkannya.

Tetapi prestasi baiknya dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2022 juga sudah tentu membuka peluang buatnya untuk berhijrah musim depan.

Di ACL setakat ini waima JDT sudah tersingkir di pusingan 16 terbaik, Bergson adalah penjaring ketiga terbanyak kejohanan – enam gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN