Krisis kecederaan yang dihadapi Liverpool memaksa Jurgen Klopp meletakkan Fabinho di posisi pertahanan tengah bagi digandingkan bersama Virgil Van Dijk pada aksi bertemu Brighton & Hove Albion, malam tadi.
Percaturan tersebut tampak berhasil apabila Fabinho kelihatan tidak berdepan masalah untuk menjalankan tugas sebagai pemain pertahanan tengah sehingga berjaya mengelakkan Liverpool dari dibolosi.
Beliau dan Van Dijk membentuk unit pertahanan yang baik sehinggakan bahagian serangan Brighton gagal mencipta sebarang percubaan tepat kearah gawang Liverpool.
Ia turut dibantu penguasaan permainan Liverpool yang mencecah 75% pada perlawanan di Amex Stadium itu.
Bagi Klopp, kemampuan Fabinho yang mampu beraksi di banyak posisi memudahkan beliau menangani krisis kecederaan yang dihadapi pasukannya.
”Fabinho merupakan pemain yang cemerlang. Untuk mempunyai pemain bola sepak yang bagus dalam kedudukan dimana anda mempunyai bola adalah hebat.”
”Ia bukan satu serangan selepas satu lagi serangan, kami mempunyai bola hampir sepanjang masa.”
”Tetapi Brighton cuba untuk menggunakan hantaran jauh mencari Glenn Murray, sama seperti dihadapi Joe Gomez pada perlawanan di laman sendiri – tetapi dia (Fabinho) mengawal situasi itu dengan baik.”
”Dia mempunyai ‘otak pertahanan’ dan boleh beraksi di banyak begitu banyak posisi.”
Fabinho dibawa masuk ke Liverpool dari AS Monaco pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan nilai £39 juta.