Quantcast

BERITA

TMJ Muat Naik Gambar Bersama Liridon Krasniqi

Beberapa hari lalu Liridon Krasniqi memberikan bayangan bahawa beliau dalam perjalanan ke Malaysia. Peminat bola sepak dan pengamal media terus membuat banyak spekulasi tentang pasukan mana yang akan menjadi destinasi seterusnya untuk Liridon Krasniqi.

Liridon dikenali sebagai salah seorang pemain box to box yang sangat berbakat. Beliau menjadi nadi penting membantu Kedah memenangi semula promosi ke Liga Super selepas menjuarai Liga Perdana pada 2015.

Kualiti dan pengalaman beliau dalam arena bola sepak tempatan membuatkan Liridon menjadi perhatian banyak pasukan di Malaysia.

Liridon kemudiannya menjulang Piala FA dan Piala Malaysia bersama dengan Kedah. Namun untuk musim 2018, kontrak beliau berakhir dan Kedah memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan beliau.

Dalam satu muat naik insta story oleh pemilik JDT, TMJ dan Liridon bergambar bersama-sama.

Sekaligus menimbulkan persoalan adakah Liridon bakal menyertai JDT? Atau mungkin ia sekadar gambar bersantai di antara TMJ dan Liridon.

JDT antara pasukan yang berminat dengan Liridon – seperti mana yang pernah diluahkan oleh Liridon, namun pemain itu memilih untuk melanjutkan kontrak bersama Kedah – pada ketika itu.

Apa sahaja spekulasinya, Liridon memang sedang mencari pasukan di Malaysia ketika ini. Ini kerana beliau mengakui masih sayangkan Malaysia. Beliau juga berminat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Sekiranya mendapat tawaran, sudah pasti saya tidak akan menolak tawaran berkenaan kerana saya mahu menyertai skuad Malaysia,” ujarnya Liridon dihubungi Berita Harian.

“Saya gembira apabila mendapat tahu saya berpeluang menjadi pemain naturalisasi dan sekiranya ini berlaku, saya bertekad mahu berikan segala yang terbaik yang boleh saya curahkan untuk bola sepak Malaysia.

“Lagipun, saya sayangkan Malaysia dan dengan pengalaman selama selama empat tahun, saya sudah menganggap Malaysia seperti negara kedua saya dan pastinya saya bangga sekiranya ditawarkan beraksi mewakili Malaysia.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!