Quantcast

BERITA

Unai Emery Jelaskan Kenapa Ozil Tidak Bermain Menentang West Ham

Unai Emery menafikan beliau sedang membekukan Mesut Ozil daripada pasukan beliau. Sebaliknya Unai Emery menyatakan Ozil adalah pemain penting. “Kami tahu kami tak boleh kehilangan belia,” kata Unai Emery kepada wartawan.

Unai Emery dikecam oleh segelintir penyokong Arsenal kerana kerapkali menyisihkan Ozil dalam perlawanan. Ozil merupakan sumber kreativiti kepada pasukan Arsenal.

Mesut Ozil sudah kembali semula ke sesi latihan selepas kecederaan lutut. Namun tidak disenaraikan dalam skuad menentang West Ham. Arsenal tewas 1-0 hasil jaringan pemain muda Declan Rice. Menamatkan rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam 5 perlawanan.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 12: Declan Rice of West Ham United celebrates after scoring his team’s first goal during the Premier League match between West Ham United and Arsenal FC at London Stadium on January 12, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Emery menepis spekulasi bahawa situasi semasa melibatkan Ozil adalah indikasi bahawa pemain itu dalam senari untuk dijual. Sekali lagi Unai Emery memberitahu bahawa keputusan itu kerana alasan taktikal.

“Kami ada pemain yang cukup untuk menang dan laksanakan pelan taktikal kami hari ini. Kami juga ada kualiti berhadapan dengan West Ham.”

“Namun kita harus juga menghormati West Ham. Mereka ada pemain yang cukup bagus, semangat penyokong mereka membuatkan mereka menjadi kuat dan mungkin membuatkan beberapa pemain juga [jadi kuat].”

“Misalnya kualiti serangan mereka, namun kami ada kualiti yang cukup untuk berhadapan dengan pemain-pemain ini.”

“Saya memilih pemain terbaik yang saya ada untuk perlawanan ini. Kami menang [perlawanan] dengan beliau [Ozil], dan kami juga pernah kalah bersama beliau.”

Unai Emery sekali lagi menegaskan bahawa Mesut Ozil tidak sesekali akan dijual.

“Beliau bukan pemain untuk dijual. Kami tidak boleh kehilangan beliau.”

“Saya boleh katakan beliau bekerja seperti biasa minggu ini. Dan seperti saya cakap, ada beliau dalam padang, kami mungkin boleh menang ataupun kalah. Dan hari ini ada pemain yang kami di sini yang berhak bermain, dan dengan mereka kami boleh menang. Tetapi sebaliknya kami kalah.”

“Saya akan terus bekerja dengan setiap pemain kerana mereka semua penting.”

Arsenal sudah tewas 5 kali musim ini. Mereka kini dijarakkan 6 mata daripada tempat ke-4 yang dihuni Chelsea. Arsenal juga cuma ada kelebihan 3 mata di atas Man. United.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!