Jurgen Klopp mengakui bahawa kelemahan jentera pertahanan yang membelenggu pasukannya pada musim ini adalah ‘sangat sukar’ baginya. Liverpool telah melepaskan 11 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas melalui 6 perlawanan, hanya Crystal Palace, West Ham dan Leicester City bolos lebih daripada The Reds.
Liverpool yang menang 3-2 keatas Leicester City pada pagi Ahad lalu harus berterima kasih kepada penjaga gol, Simon Mignolet setelah berjaya menafikan sepakan penalti yang diambil Jamie Vardy pada minit ke-73.
Di sebalik kemenangan sukar itu, kerapuhan jentera pertahanan jelas menjadi kerisauan Klopp yang mengakui tentang permasalahan yang sedang dihadapinya ketika ini.
Pengendali dari Jerman itu berkata: ”Ia sangat jelas apabila kami terlalu banyak melepaskan gol, tidak ada keraguan mengenainya. Itulah yang sangat sukar buat saya. Kebiasaannya saya merupakan jurulatih bertahan yang baik tetapi sangat jelas kami tidak bertahan dengan baik setakat ini.”
Liverpool sebelum ini begitu berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah Southampton, Virgil Van Dijk pada jendela perpindahan yang lalu, namun terpaksa menamatkan usaha tersebut kerana mereka dikhabarkan melakukan rundingan secara tidak sah untuk mendapatkan pemain tersebut.
Keadaan itu menyebabkan Klopp memilih untuk tidak melakukan sebarang penambahan pemain di bahagian pertahanan.
Pemain pertahanan kiri, Andrew Robinson menjadi satu-satunya pemain pertahanan yang direkrut Klopp pada jendela perpindahan musim panas yang lepas. Pengurus Liverpool itu juga mengatakan beliau berpuas hati dengan skuad yang dimilikinya.
”Kami akan baik-baik sahaja. Ini adalah kepercayaan saya. tetapi dalam skuad kami, saya suka mempunyai skuad ini,” kata Klopp.
”Saya tahu kami perlukan keputusan. Saya sukakan pasukan ini. Mungkin tiada yang menyukainya, saya sangat menyukainya dan saya mahu meningkatkannya bersama-sama.”
Sumber :
Sky Sports (2017) – http://www.skysports.com/football/news/11669/11052480/jurgen-klopp-concerned-by-liverpools-defensive-struggles