Dokumen Bocor Dedahkan Neymar Menerima Lebih £600,000 (RM3.4 Juta) Seminggu Di PSG

Sebelum ini pihak PSG mengumumkan bahawa gaji Neymar adalah £515,000 (RM2.93 juta) seminggu selepas cukai.

Namun begitu, Football Leaks dan Der Spiegel telah membocorkan dokumen gaji Neymar yang menyatakan ianya jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Der Spiegel menyatakan yang pemain Brazil itu menerima lebih daripada £2.67 juta (€3 juta) seperti yang dilaporkan oleh PSG. Dikatakan Neymar menerima lebih £600,000 (RM3.4) juta selepas cukai untuk seminggu.

Neymar menerima sekitar £33 juta setahun di PSG ataupun angka tepatnya €3,069,520 juta (£2,701,944.98) atau dalam Ringgit Malaysia, RM15,346,350.89. Ini bermaksud Neymar menerima £88,000 sehari, £3,521 sejam dan £59 seminit.

Angka ini membuatkan beliau pemain kedua tertinggi di belakang Carlos Tevez yang menerima £634,615 seminggu. Tevez kini sedang beraksi untuk Shanghai Shenhua di CSL.

Der Spiegel juga mendedahkan yang Neymar menerima £48 juta pada musim lalu di Barcelona. £8 juta lebih daripada apa yang Messi dapat dan hampir sama dengan apa yang Cristiano Ronaldo dapat di Real Madrid.

Isu dokumentasi sekali lagi membayangi transaksi Neymar. Sebelum ini, Barcelona dikatakan memalsukan banyak maklumat tentang perpindahan Neymar dari Santos.

Dan ia masih di dalam siasatan. Barcelona juga tidak memberikan maklumat yang betul tentang pendapatan Neymar di Sepanyol. Neymar sebelum ini terlepas daripada pertuduhan cukai pendapatan di Sepanyol.

Sumber

Metro – http://metro.co.uk/2017/09/24/brazilian-superstar-neymar-earns-2-7million-a-month-at-paris-saint-germain-6952122/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN