Antonio Conte Beri Peluang Alvaro Morata Buktikan Beliau Antara Penyerang Terbaik Di Dunia

Penyerang Chelsea, Alvaro Morata mendapat ‘peluang terhebat’ dalam kariernya untuk membuktikan beliau adalah salah seorang dari penyerang terbaik dunia ketika ini, menurut Antonio Conte.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang bernilai £70 juta itu sudah berjaya memberikan impak pantas buat pasukan setelah berjaya menghasilkan 6 gol dalam 7 perlawanan yang sudah dilaluinya bersama Chelsea setelah berpindah dari Real Madrid.

Morata berada di prestasi terbaiknya pada Sabtu lalu ketika perlawanan menentang Stoke City  apabila berjaya meledakkan hatrik untuk membenam cabaran skuad bimbingan Mark Hughes 4-0 di Stadium Britannia.

Conte percaya pembelian termahal beliau itu merupakan ‘pemain yang lengkap’ tetapi pengendali dari Itali tersebut menekankan bahawa Morata tidak boleh bersenang lenang dengan apa yang sedang dinikmati kini.

”Alvaro (Morata) tidak banyak beraksi ketika di Juventus dan Real Madrid tetapi sekarang dia mempunyai peluang yang hebat untuk membuktikan dia adalah seorang penyerang yang hebat,” kata Conte.

”Dia masih muda, baru berusia 24 tahun dan dia sangat penting buat Chelsea. Dia terlibat sepenuhnya dengan corak bola sepak dan idea kami dan dia sangat kuat.”

Alvaro Morata
Chelsea’s Alvaro Morata scores his side’s fourth goal of the game during the Premier League match at the bet365 Stadium, Stoke-on-Trent. (Photo by Nigel French/PA Images via Getty Images)

”Anda dapat melihat masa kini banyak terjahan dan melakukan sentuhan (contact) dan saya merasakan dia menunjukkan yang dia merupakan pemain yang sangat bagus, pemain yang lengkap.”

”Liga ini (EPL) tidak mudah, terutamanya kepada penyerang. Sewaktu perlawanan terdapat banyak sentuhan, anda mesti bersedia dengan sentuhan-sentuhan tersebut.”

”Pengadil juga tidak membuang masa terlalu banyak. Saya fikir ianya baik untuk sesuatu perlawanan. Dia (Morata) menyesuaikan diri dengan baik terhadap liga ini dan kini dia perlu terus bekerja kerana dia baru sahaja memulakan jalannya.”

Prestasi hebat yang ditampilkan Alvaro Morata turut mendapat perhatian pengurus Stoke City, Mark Hughes yang tidak berselindung mengatakan bahawa pemain itu merupakan seorang pemain yang luar biasa.

”Ini merupakan permulaan buat Morata tetapi dia mempengaruhi permainan dengan cara yang diharapkan dari seorang penyerang kelas dunia,” kata Hughes.

Sumber :

Metro UK (2017) http://metro.co.uk/2017/09/24/antonio-conte-challenges-chelsea-summer-signing-alvaro-morata-to-join-worlds-elite-strikers-6952905/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN