Jurgen Klopp Akui Silap Sendiri Kalah Kepada Chelsea

Nampaknya semakin pudar harapan untuk pasukan Liverpool mendapatkan kedudukan empat teratas dalam saingan Premier League musim ini selepas tumbang di tangan Chelsea pagi tadi.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp mengatakan perkara itu selepas perlawanan diantara dua pasukan utama bola sepak Inggeris itu bertemu di Anfield.

“Ianya satu dugaan besar. Ianya belum tamat lagi, tetapi kita tidak akan bercakap sekiranya kita tewas terlalu banyak perlawanan, kita tidak ada hak untuk bercakap mengenai UEFA Champions League.”

“Kita perlu menang perlawanan bola sepak dan kami akan berusaha ke arahnya. Tetapi untuk malam ini ianya tidak mencukupi.”

Liverpool sekali lagi tumbang di Anfield dengan kekalahan 1-0 menerusi jaringan Mason Mount pada separuh masa pertama.

Dalam perlawanan yang dilangsungkan dalam aksi yang begitu sukar buat kedua-dua pasukan, gol Mount itu jelas sekali menjadi titik pemisah kedua-dua pasukan.

Klopp tanpa berselindung, mengakui ianya adalah kesilapan dirinya yang mengakibatkan pasukannya semakin jauh dari kelompok empat teratas liga.

Katanya, beliau berlaku jujur semampunya dan tidak mencari sebarang alasan diatas kekalahan kali ini.

“Perlawanan yang sengit macam ini, satu detik pemisah menentukan perlawanan iaitu ketika Mount menjaringkan gol.”

“Kami mempunyai peluang namun ianya tidak digunakan sebaiknya, ia menjelaskan secara jelas mengenai keputusan malam ini,” kata Klopp menerusi Sky Sports.

Kekalahan ditangan Chelsea ini menjadikan Liverpool sudah lima kali tumbang di Anfield berturut-turut musim ini.

Dengan kekalahan ini, Liverpool menduduki tangga ketujuh liga – empat mata di belakang kedudukan empat teratas.

Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:

Tuchel: Pengaruh Jurgen Klopp Sebagai Pengurus Terlalu Kuat

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Jurgen Klopp Puas Dapat Diamkan Pengkritiknya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN