Jurgen Klopp Puas Dapat Diamkan Pengkritiknya

Jurgen Klopp Liverpool Timo Werner

Selepas meraih kemenangan berharga 2-0 ke atas RB Leipzig di Budapest, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berpuas hati dapat mendiamkan pengkritik yang mahu melihat pasukannya tewas sekali lagi.

Sebelum aksi pertama peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang kelab Jerman tersebut, The Reds telah lima daripada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan dan bolos 14 kali sepanjang tempoh itu.

“Kamu tak boleh bina mentaliti menang hanya dalam satu perlawanan, malam ini kami bermain baik dan kami berhak untuk menang, tetapi ini hanyalah aksi pertama,” ujar Klopp kepada SkySports.

“Banyak orang menantikan kami untuk ‘jatuh’ sekali lagi dan malam ini bersyukur kami tidak kalah. Saya sangat gembira.”

Jurulatih berusia 53 tahun itu menengaskan adalah normal bagi mana-mana pasukan untuk mengalami pasang surut dalam perjalanannya.

“Prestasi kami sangat baik untuk dua tahun sebelum ini, tetapi tahun ini kami berdepan dengan masalah. Ia sebenarnya perkara normal, saya tiada masalah,” katanya lagi.

Di peringkat kumpulan Leipzig berjaya menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester United sehingga mara ke pusingan kalah mati, namun langkah mereka ‘tersekat’ apabila berdepan Liverpool yang lebih banyak menguasai permainan.

Dua gol pantas dalam masa lima minit oleh Mohamed Salah dan Sadio Mane pada awal babak kedua menghadiahkan kelebihan dua gol buat Liverpool yang akan dibawa ke aksi timbal balik yang akan berlangsung di Anfield selepas ini.

https://twitter.com/shaunth64210697/status/1360687324926005249?s=20

Namun Klopp tidak mahu anak buahnya terlalu yakin kerana Leipzig mempunyai kualiti yang baik dan telah membuktikan mereka mampu mencipta kejutan seperti mana yang dilakukan di Bundesliga.

“Dalam perlawanan ini kami bertahan dengan baik dan kami mengawal permainan dengan baik apabila berjaya mendapat bola. Namun dalam bola sepak kami tetap memerlukan nasib untuk menang.”

Disebabkan prestasi goyah Liverpool sejak kebelakangan ini, timbul desakan dari sebilangan kecil penyokong yang mahu Klopp berundur.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp dan Liverpool

Penyokong Liverpool Bersatu Hati Beri Sokongan Kepada Jurgen Klopp

 

Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN