Tuchel: Pengaruh Jurgen Klopp Sebagai Pengurus Terlalu Kuat

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memuji rakan senegaranya yang kini bersama Liverpool iaitu Jurgen Klopp.

Bercakap sebelum perlawanan diantara kedua-dua pasukan, Tuchel menegaskan yang Klopp merupakan seorang pengurus yang berpengaruh.

Hal ini kerana, ke mana saja Klopp pergi pastinya memberikan kesan kepada pasukan tersebut.

“Apa yang Klopp lakukan adalah mengagumkan. Beliau mentransformasikan kelab yang diurusnya menjadi sebuah unit.

“Beliau menjadikan dirinya sebuah watak penting kepada mana-mana kelab yang pernah diuruskannya.”

Tuchel mengatakan yang Klopp masih lagi menjadi watak penting kepada setiap kelab yang pernah diuruskannya.

“Beliau mungkin sudah meninggalkan kelab yang pernah diuruskannya, namun beliau masih menjadi sebahagian besar kepada sejarah dan dekat dengan jiwa penyokong kelab tersebut.”

Kredibiliti Klopp terbukti di Jerman apabila berjaya memberikan kestabilan kepada Mainz dan juga kejuaraan liga berganda buat Borussia Dortmund.

Saat beliau di Dortmund merupakan titik kemasyhuran Klopp dalam bola sepak dunia apabila berjaya menamatkan dominasi Bayern Munich buat seketika.

Dan apabila di Liverpool, Klopp menamatkan penantian panjang The Reds untuk gelaran liga pada musim lalu dengan penuh bergaya.

“Beliau menjadikan Liverpool sebuah mesin dan sebuah pasukan yang amat, amat sukar untuk ditentang dalam liga yang cukup kompetitif.”

Liverpool bertemu Chelsea pada jam 4.15 pagi Jumaat ini.

Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:

Selepas Klopp Kehilangan Ibu, Bapa Alisson Becker Pula Meninggal Dunia

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Jurgen Klopp Puas Dapat Diamkan Pengkritiknya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN