Quantcast
Julian Nagelsmann, Jurulatih Muda Yang Sedang Menggegarkan Bundesliga
KAJIAN & FAKTA

Julian Nagelsmann, Jurulatih Muda Yang Sedang Menggegarkan Bundesliga

Sunday, 6 Nov 2016

Siapa sangka, daripada pasukan yang bertarung dengan penyingkiran pada hari ini mereka dalam landasan terbaik untuk berada dalam slot Eropah pada musim hadapan.

Pada perlawanan menentang Bayern Munich semalam, mereka mengikat gergasi Jerman itu dengan keputusan 1-1 untuk menyamai rekod rentetan tanpa kalah dalam 10 perlawanan dalam sejarah kelab mereka.

hoff

Hoffenheim hampir menang perlawanan tersebut namun ia gagal dilakar selepas jaringan sendiri oleh Steven Zuber.

TSG Hoffenheim menjadi bualan di seluruh dunia, bukan sahaja kerana prestasi mereka yang tanpa tewas selepas 10 perlawanan, malah mereka juga memiliki jurulatih paling muda di dalam sejarah Bundesliga.

hoff1

Beliau yang dimaksudkan adalah Julian Nagelsmann. Jurulatih yang terpaksa melupakan karier bola sepak beliau pada usia muda kerana masalah kecederaan.

Walaupun ada yang lebih muda sebelum ini iaitu Berndt Stober yang berusia 24 tahun menguruskan FC Saarbr├╝cken pada musim 1976 namun beliau hanya interim.

Bersara Awal

Ketika dalam skuad muda, Nagelsmann mengalami kecederaan buku lali yang serius ketika bermain untuk pasukan remaja Hoffenheim. Beliau kemudiannya menyertai Augsburg.

Ketika di sana, kecederaan buku lali beliau menjadi lebih serius dan atas nasihat doktor, beliau terpaksa melupakan karier bola sepak. Nagelsmann tergamam dengan nasib yang menimpanya kerana beliau sangat cintakan bola sepak.

“Saya tidak ada benda lain yang saya sukai lebih daripada bola sepak. Agak sedih kerana saya terpaksa meninggalkan bola sepak pada usia muda.”

Nagelsmann mengesahkan persaraan beliau daripada bola sepak pada usia 20 tahun walaupun beliau menjadi pemain pertahanan berbakat kegemaran Tuchel yang menguruskan Augsburg ketika itu.

Nagelsmann: “Saya Minat Guardiola Namun Tuchel Lebih Mempengaruhi Karier Saya”

Nagelsmann tidak bersembunyi akan minat beliau ke atas Guardiola. Tidak hairanlah ramai rakan dan pemain-pemain beliau menggelarkan beliau Mr. Perfect kerana sikapnya yang prefectionist.

hoff5

Namun begitu beliau tetap menyatakan Thomas Tuchel adalah pengaruh terbesar dalam karier kejurulatihan beliau.

Ini kerana, ketika beraksi untuk pasukan remaja Augsburg, Thomas Tuchel sudah menghidu bakat istimewa Nagelsmann.

Percayakah anda? Pada waktu itu juga Tuchel menjadikan Nagelsmann sebagai scouter ‘separuh masa’.

hoff555

Pada musim 2008/09, Nagelsmann mengakui terkejut apabila Tuchel memanggil beliau dan mengarahkannya untuk memantau dan menganalisis data pasukan yang akan ditentang mereka.

Nagelsmann akan membentangkan data yang dikumpul beliau dan dilaporkan kepada Thomas Tuchel. Hampir tidak ada pemain remaja di Jerman pada usia beliau melakukan tugasan ‘profesional’ itu.

“Itulah bibit-bibit awal karier kejurulatihan saya. Saya belajar banyak perkara daripada beliau (Tuchel).”

Mengorak Langkah Lebih Besar

Apabila Markus Babbel meninggalkan Hoffenheim pada 2012, kelab tersebut telah melantik Frank Kramer sebagai interim.

Pada ketika itu juga Frank Kramer memanggil Nagelsmann dan menyatakan beliau mahu menjadikan Nagelsmann sebagai pembantu. Respon Nagelsmann adalah:

“Saya hanya tergelak dan anggap ia satu gurauan daripada Frank.”

Namun begitu, beliau mengakui teruja dan gementar apabila dilantik menjadi penolong jurulatih paling muda dalam sejarah Bundesliga.

Beliau banyak belajar tentang tekanan dan tanggungjawab sepanjang tempoh tersebut kerana Hoffenheim bertarung dengan penyingkiran.

Tim Wiese ketika itu melabel beliau sebagai ‘Mini Mourinho’ kerana minat dan karakter beliau dalam kejurulatihan.

Kramer dipecat, namun Nagelsmann berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai penolong jurulatih dan berkhidmat kepada 2 lagi pengurus selepas itu, Marco Kurz dan Markus Gisdol.

Dilantik Menjadi Pengurus B-19 Hoffenheim

Selepas berjaya membantu kelab mengelakkan penyingkiran, Nagelsmann dilantik menjadi pengurus skuad B-19 Hoffenheim.

Nagelsmann berjaya membantu skuad muda ini menjadi juara Jerman pada musim 2013/14 dan naib juara pada musim 2015/16.

Dilantik Menjadi Ketua Jurulatih Hoffenheim

Pada Oktober 2015, Hoffenheim mengumumkan bahawa Nagelsmann akan menjadi jurulatih baru mereka untuk musim 2016/17. Ia agak mengejutkan ramai pihak.

Antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau adalah mentor beliau iaitu Thomas Tuchel.

hoff55

Tuchel berkata :

“Dia seorang jurulatih muda yang tinggi rasa ingin tahu dan sentiasa bekerja keras,”

“Dia telah menikmati kejayaan yang luar biasa dalam bola sepak remaja. Saya amat gembira untuk dia dan saya percaya akan kebolehan Nagelsmann.”

Taktikal

Dari segi falasafah taktikal, Nagelsmann menyukai high pressing football ala Barcelona, dan banyak mengkaji doktrin tactician seperti Ralf Ragnick, Arsene Wenger dan Unai Emery.

Nagelsmann berpegang kepada prinsip:

“Untuk menjadi jurulatih bola sepak yang berjaya, taktikal hanya 30% manakala 70% lagi adalah kompetensi sosial.”

hoff3

Adakah jurulatih 29 tahun ini berjaya untuk membawa Hoffenheim ke pentas Eropah musim hadapan seperti yang dicita-citakan beliau sebelum ini?

Baca juga : Stones Adalah Error-Prone Yang Paling Kritikal Dalam EPL Setakat Ini

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik