Keadaan Faisal Halim Kini Kritikal, Mengerang Tanggung Kesakitan

Keadaan semasa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan kini sangat kritikal selepas beliau menjadi mangsa simbahan asid terdahulu daripada dua individu tidak dikenali ketika bersama keluarga dua hari lalu.

Terdahulu, Faisal baru sahaja selesai menjalani pembedahan di salah sebuah hospital swasta yang berada berhampiran Petaling Jaya sebelum keadaan terkini pemain Selangor itu diumumkan.

Menurut Datuk Seri Shahril Mokhtar yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), keadaan semasa Faisal kini cukup membimbangkan kerana kesan daripada lecuran tahap keempat.

Malah, masa depan anak jati Pulau Pinang itu dalam dunia bola sepak juga semakin kabur kerana makluman turut menyatakan tangan kiri Faisal sukar untuk bergerak kini.

“Seperti dimaklumkan bahawa sememangnya Faisal berada dalam keadaan kritikal dan kini hanya saya dan isterinya saja dibenarkan untuk melawat.

“Jika diikutkan apabila dia dihantar ke hospital pertama untuk menerima rawatan awal doktor melihatnya mungkin melecur tahap dua.

“Namun, selepas dipindahkan hospital dan rawatan susulan mendapati lecuran berada pada tahap empat.

“Sedih saya melihat keadaannya ketika ini, kerana dia ada beritahu bahawa terasa sakit seperti terbakar di dalam kulit dan mengerang kesakitan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Terdahulu, Faisal yang dilaporkan bersama ahli keluarga ketika itu diserang oleh dua individu tidak dikenali dengan simbahan asid dilepaskan kepada beliau sehingga kecederaan parah dialami pemain Selangor tersebut.

Isu yang berlaku ini jelas mendapat pelbagai maklum balas daripada para penyokong bola sepak tempatan yang mahu pembelaan diberikan sewajarnya buat bintang Selangor tersebut.

Selain Faisal, seorang lagi pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut diserang oleh dua individu tidak dikenal pasti ketika beliau berada di sekitar Kuala Terengganu.

Keadaan pemain kelahiran Kedah itu tidak kurang teruk apabila beliau dipukul sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala serta kaki.

Buat semua peminat bola sepak kebangsaan, ayuh doakan supaya kedua pemain ini diberi kesembuhan serta berharap mereka mendapat pembelaan sewajarnya daripada apa telah berlaku itu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN